Apabila Menteri Pelajaran yang juga TPM Malaysia mengumumkan cadangan pemansuhan UPSR dan PMR, saya adalah antara insan-insan yang sangat menyokong. Saya sokong UPSR dan PMR dimansuhkan dan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih menyeluruh dan bersepadu, bermula dari tahun pertama persekolahan lagi.
Apa yang saya nampak, belakangan ini UPSR sudah dilayan keterlaluan oleh semua pihak. Pihak sekolah, ibu bapa dan para pelajar menarafkan UPSR seumpama peperangan yang wajib dimenangi, by hook or by crook! Maka hasilnya, beribu-ribu pelajar 5A dilahirkan oleh sekolah yang dikatakan cemerlang, tetapi 5A itu tidak ada harga sama sekali. Mereka mendapat A dengan pelbagai cara - latih tubi, teknik menjawab soalan, seminar menjawab soalan, penekanan kepada soalan-soalan terentu, dan tidak ketinggalan meniru. Benar, guru mereka mengajar mereka meniru untuk mendapat A! Saya bukan mereka-reka cerita. Saya telah banyak kali mendengarnya dari mulut anak murid saya, dan adik beradik saya juga. Apa nilai murni yang ingin guru dan sekolah terapkan sebenarnya? UPSR hanya satu UJIAN, bukan peperiksaan!
Hati saya sakit melihat anak murid saya yang mendapat 5A dalam UPSR, tetapi di peringkat menengah tidak langsung menyerlah. Produk beginikah yang ingin kita hasilkan?
Saranan saya, (walaupun tidak dibaca oleh pihak yang sepatutnya) penilaian sekolah rendah bermula seawal darjah tiga. Sewaktu darjah satu dan dua, ajar dulu perkara asas dan mudah. Apabila naik darjah tiga, gunakan sistem seumpama di universiti iaitu Purata Nilai Gred. Setiap peperiksaan diambilkira, masukkan sekali markah kokurikulum, sahsiah dan akhlak. Bukan hanya lima mata pelajaran (empat sebenarnya) sahaja.
Oh.. ada guru merungut, beban akan bertambah di sekolah!
Saya rasa tidak. Jika ia penilaian berterusan, segalanya akan teratur dan mudah. Sistem sebegini akan hadir bersama prosedur dan pemantauan. Sebagaimana yang berlaku di peringkat menengah sekarang, ujian lisan dan amali adalah berasaskan sekolah. Setakat ini tiada masalah yang timbul. Jadi jangan bimbang.
Oh.. mungkin guru dan pemilik pusat tuisyen sedang ketakutan kerana bakal kehilangan pelanggan. Mengapa begitu? Murid masih akan ke kelas tuisyen, kerana mereka masih belajar Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Pendekatan sahaja diubah, pelajaran masih berjalan seperti biasa.
Harapan saya besar, agar rakyat Malaysia lebih terbuka dalam menerima perubahan sebegini. Pendidikan yang berorientasikan peperiksaan sangat negatif hasilnya. Apakah kita tidak mengambil iktibar dari kejadian S.Subashini, murid tahun 6 SRK (Tamil) Ladang Simpah membunuh diri kerana gagal mendapat 5A dalam UPSR 2007 yang lalu?
Fikir-fikirkanlah.

No comments:
Post a Comment