Sewaktu menghantar Ma dan Zahidah menaiki bas di stesen bas Langgar baru-baru ini, aku sempat membuat pemerhatian terhadap manusia-manusia di sekitarku.
Nyata, kebanyakan wanita Melayu Islam sudah mula melupai kewujudan baju kurung. Hanya makcik-makcik berusia lebih 60 tahun sahaja yang masih setia meladeni baju tradisional itu, selain aku dan Zahidah.
Entah mengapa hati digayut rasa sayu tiba-tiba. Betapa keindahan dan kesopanan baju kurung warisan Melayu yang sangat sesuai dengan syariat Islam itu sudah tidak dihargai lagi. Remaja sekarang lebih senang ber't-shirt' dan jeans, yang melekat erat mendakap setiap aset di tubuh mereka. Bangga sekali mempamer segala keindahan kewanitaan yang ada, tanpa sekelumit rasa malu, apa lagi rasa berdosa!
Alhamdulillah, kami perempuan lima beradik - aku yang paling tua, Aziah, Husna, Ismah dan Zahidah - memilih untuk mengutamakan baju kurung walau di mana kami berada. Kami tidak pasti dari mana perasaan sayangkan baju warisan itu (dan bencikan pakaian penjajah itu) terbit, tapi yang kami tahu ibu dan bapa kami begitu serius mendidik tentang aurat dan malu seorang wanita. Mungkin kami bertuah punya ibu bapa sebegitu.
Aku masih ingat sewaktu usia aku 14 tahun (pada 1986) dan pertama kali menjadi wanita yang akil baligh, arwah ayah memberitahuku, "lepas ni Yati dah tak boleh keluar rumah tanpa tudung lagi. Dah kena tutup aurat."
Pesanan ayah sangat mendalam dan begitu bermakna kerana aku masih ingat sampai sekarang.
Biarlah masa berputar dan fesyen bertukar ganti. Bagi aku hanya baju kurung yang memenuhi cita rasaku. Sesekali aku berfesyen juga, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri baju kurung - longgar dan menutup aurat. Entah mengapa aku tidak selesa dan kekok berkemeja dan berseluar panjang walaupun dalam kondisi yang masih syar'iyyah. Itu bukan jiwa aku, kerana aku Islam dan Melayu!

No comments:
Post a Comment