Pantas sungguh masa berlalu, tanpa pernah mahu peduli pada siapa-siapa. Sebulan bagai seminggu, seminggu bagai sehari dan sehari umpama sejam! Oh tidak... masa menghambat, usia meningkat, kematian mendekat, hati pun tersayat!!
Benarlah semakin lama aku hidup, masa kurasakan menjadi semakin pantas. Putaran dunia ini semakin lajukah? Baru sahaja rasanya menyambut ketibaan 2010, kini sudah melangkaui separuh darinya. Betapa cepatnya aku menjadi tua, dan dalam tidak sampai dua tahun lagi usiaku bakal menjadi 40. Sempatkah aku?
Semoga masa yang lalu bisa menjadi panduan dan sempadan dalam meneruskan kehidupan. Semoga masa yang mendatang akan menjadikan aku lebih baik dan lebih bersedia menempuh apa jua kemungkinan. Selama lebih 38 tahun hidup di dunia ini, rasanya telah banyak pengalaman yang aku kutip, yang dapat aku simpan jadi ingatan dan panduan.
Ada yang manis, memberi senyuman kala mengimbasinya.
Ada yang pedih, menerbitkan sayu kala menyelusurinya.
Ada yang penuh pengajaran, menghadirkan tabah dan redha dalam jiwa kala mengenangnya.
Segala memori yang tersimpan tiada satu pun yang aku anggap sia-sia, biarpun ada antaranya yang enggan kugamit.
Doaku, biarlah masa yang masih ada buat aku di dunia ini dapat kumanfaatkan sepenuhnya buat bekalan bertemu-Nya.
Amin.

No comments:
Post a Comment