Thursday, July 08, 2010

Tentang Piala Dunia

Sejak WC 2002, Germany adalah pasukan kegemaranku. Waktu itu nama Miroslav Klose tiba-tiba menjadi sebutan kerana menjaring gol hatrik sewaktu Germany memenangi perlawanan dengan Saudi Arabia dengan keputusan 8-0. Klose yang baru berusia 24 tahun menjadi penjaring terbanyak kejohanan dan aksinya yang ligat dan pantas sangat aku nanti-nantikan.

Sayangnya, malam tadi Germany ditewaskan oleh Spain 0-1 dalam semi final WC 2010. Kecewa rasanya kerana tidak dapat menyaksikan aksi Germany di pentas final nanti. Hmmm...

Kisahnya, seawal jam 10.30 aku sudah tidur, kerana bercadang untuk bangun jam 2.30 pagi menonton Germany. Menjelang 2.30 pagi, aku terjaga sebaik suamiku menghidupkan televisyen, tetapi mataku kantuk amat! Lalu aku menyambung tidur. Rupanya suamiku juga tidak tahan lama. Katanya aksi perlawanan sangat hambar membuat dia tidak mampu meneruskan tontonan. Jam 3.30 pagi, aku terjaga dan tv sudah dimatikan. Aku teruja untuk mengetahui kedudukan terkini, lalu mengambil SE C902 ku dan melayari internet. Rupanya kedudukan masih 0-0. Huh.. tentu perlawanan tak menarik mana ni. Baik lah aku sambung tidur lagi! Kali ini aku bermimpi, Germany tewas!

Jam 5.40 minit, jam berbunyi. Aku layari internet lagi dan mataku terus segar apabila terkejut dengan keputusan yang aku lihat di skrin telefon bimbitku - Spain 1, Germany 0. Uwaaaaaa!!!! Kesian Mesut Ozilku!!! Tak mengapalah, aku sudah merasa gembira tak terkata sewaktu Germany menewaskan England 4-1 dan menumbangkan pasukan yang paling aku tidak gemari Argentina 4-0. Waktu itu aku ketawa gembira kerana Argentina tewas dengan gol yang besar!

Kenapa aku tak suka Argentina?

Kerana aku benci Maradona. Aku menyaksikan secara 'live' aksi dia menjaringkan gol menggunakan tangan pada WC 1986, ketika menentang England. Waktu itu aku sangat geram kerana dia tidak mengaku menggunakan tangan sebaliknya mendakwa itu 'tangan Tuhan'. Bodoh, bukan? Sebab itu sampai sekarang aku tidak pernah minat dengan Argentina, lebih-lebih lagi apabila Maradona menjadi jurulatihnya.

Nampak gayanya, final kali ini adalah antara dua pasukan yang belum pernah menjuarai Piala Dunia iaitu Netherlands dan Spain. Harapnya kedua-dua pasukan akan memberi persembahan yang menghiburkan dengan jaringan gol yang banyak. Jika boleh, aku mahu Spain menang 3-1. Bolehkah? Tunggu dan lihat!!
Miroslav Klose

Mesut Ozil

No comments:

Post a Comment