Hari ini aku ke sekolah seperti biasa, selepas bercuti hujung minggu selama dua hari. Alhamdulillah, jiwa agak tenteram melayari hari-hari yang berlalu, walaupun tidak dapat aku nafikan masih wujud juga ketidaktenangan lantaran bebanan tugas yang adakalanya di luar batasan keupayaan.
Khamis baru-baru ini, aku menerima surat pemberitahuan sebagai guru bertugas dari 11 hingga 15 Julai. Nama aku tercatat paling atas dalam senarai dan ini bermakna aku bakal berucap di perhimpunan mingguan untuk memberi laporan.
Aku bukanlah seorang yang sukakan pengucapan awam. Sejak dulu lagi inilah bahagian yang paling aku tidak gemari. Aku masih ingat sewaktu mengajar di SMK Salor dua tahun lepas, aku tiada pilihan terpaksa berucap di perhimpunan kerana guru yang bertugas bersama aku bercuti. Semalaman aku tidak lena tidur kerana terlalu takut dan bimbang untuk berucap di khalayak ramai! Esoknya, dengan lagak selamba aku pun berucaplah... tetapi dalam hati berdebar tidak terkira, malah berpeluh-peluh! Rasanya aku berucap hanya selama tiga minit sahaja kerana tidak pandai berbasa basi! Straight to the point!
Maka untuk Ahad minggu depan, giliran aku untuk berucap pun tibalah. Aduh... bagaimana ini? Akan tidak lena tidur pulakah?
Selesai perhimpunan pagi tadi, aku menghubungi cikgu Hashim yang bertugas bersama-sama aku. Aku beranikan diri bertanya, sudikah dia menggantikan aku untuk berucap di perhimpunan minggu depan? Aku akan sediakan laporannya. Mujur dia setuju tanpa banyak soal. Nampaknya, aku selamat untuk kali ini - harap-haraplah. Jangan cikgu Hashim tak hadir pula Ahad nanti!

No comments:
Post a Comment