Wednesday, July 07, 2010

Alhamdulillah - 2

Jam 8.48 pagi, aku menelefon Zahidah. Kedengaran suaranya yang bersisa tawa di hujung talian. Hatiku rasa lapang, berbunga gembira. Rupanya mereka baru sahaja selesai berbicara dengan tuan doktor. Zahidah menyua telefon bimbitnya pada Ismah dan aku sempat berbual-bual dengannya, yang nyata ada nada kelegaan dalam suaranya.

Berbicara pula dengan Ma, dia memberitahu doktor telah membenarkan Ismah pulang hari ini. Alhamdulillah. Kata Ma, bolehlah aku tempah tiket Air Asia untuk penerbangan pulang mereka pada malam esok. Tanpa lengah aku terus menempah melalui talian internet.

Sekarang mereka sedang berehat di Bandar Baru Bangi, rumah bapa saudara kami.

Sesungguhnya, syukurku kepada Allah melimpah ruah.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment