Malam tadi, sebaik selepas solat maghrib, aku dan suami bersiap-siap untuk ke rumah ma. Ma dan Dah akan ke KL menaiki bas transnasional trip no 117 di stesen bas transnasional di Langgar, Kota Bharu. Bas dijadualkan bertolak pada jam 9.00 malam.
Kami tiba di rumah ma sekitar jam lapan. Ma dan Dah sudah pun bersiap dan bersedia untuk turun. Jam 8.11 minit kami pun bertolak ke stesen bas dan tiba di sana pada jam 8.32. Sementara menunggu bas tiba, Ma dan Dah bersolat isya' di surau dahulu.
Jam 9.00 malam, bas masih belum sampai. Kami sabar menunggu. Mungkin tak lama agaknya. Kebetulan seorang jiran ma yang juga ibu kepada kawan Dah ada di situ maka dapatlah ma bersembang dengannya sementara bas tiba.
Jam 9.30 malam, bas masih tidak menampakkan kelibatnya. Aku sudah rasa tidak senang hati. Bukan apa, kelewatan sebegini sangat menyusahkan penumpang. Aku ke kaunter untuk bertanya, dan jawapannya bas sedang dalam perjalanan dari bengkel di Kubang Kerian. Hmmm...
Jika dihitung, dari Kubang Kerian ke Langgar tidak sampai 10 minit. Tetapi hingga jam 10 malam belum sampai-sampai lagi. Panas juga hati aku. Satu demi satu bas yang masuk aku tatap dengan harapan ia bas bernombor 117, tetapi hampa. Teruk benar pengurusan transnasional ni. Ma sudah lenguh-lenguh duduk di bangku yang tiada tempat menyandar itu.
Akhirnya, 10.10 malam barulah kelihatan bas tersebut masuk ke perkarangan stesen bas. Sejam lebih ia lewat!
Seorang penumpang wanita bertanya pada pemandu bas yang aku agak sudah berusia 50-an, "Pakcik, kenapa bas lambat?". Dengan nada acuh tak acuh, pemandu itu menjawab, "Kita tahu ke nak mati bila?"
Astaghfirullahalazim!! Pemandu itu kelihatan seperti orang baik-baik, berkopiah dan berjanggut tetapi nada jawapannya seperti budak tak sekolah! Sepatutnya, jika kita sudah lambat dan sudah menyusahkan ramai orang, retilah sikit untuk meminta maaf. Apa salahnya menjawab dengan nada yang lebih sopan dan ayat yang lebih beradab. Budi bahasa kan budaya kita?
Suami saya menggeleng-geleng kepala menyaksikan reaksi pemandu itu, dan berkata, "Cukuplah, lainkali tak payah ambil tiket transnasional lagi. Banyak lagi bas lain yang lebih tepat masanya...!!"

No comments:
Post a Comment