Semalam saya bercuti rehat sempena temujanji di HUSM. Kebetulan, pegawai pemantau dari PPD akan melakukan pemantauannya di sekolah saya pada hari tersebut. Mujur sungguh rasanya!
Banyak cerita dan kisah yang berlaku sepanjang minggu-minggu belakangan ini yang menyentap sedikit rentak nafas dan degupan jantung seorang manusia seperti saya. Pun begitulah, apa sahaja yang berlaku, hidup mesti diteruskan. Sebesar mana pun masalah menghimpit, carilah penyelesaian. Tidak mahu saya terperangkap dalam situasi yang bakal merosakkan segala perasaan tenang yang sedang saya damba ini.
Idea untuk dikongsi kelihatannya tiada.
Semoga nanti waktu dan kesempatan saya berbicara di maya ini tiba jua.
No comments:
Post a Comment