Debaran seorang guru saat menanti keputusan SPM
tidak kurang hebatnya berbanding pelajar. Betapa risaunya jika keputusan
menurun, apa perlu dijawab dalam mesyuarat post mortem nanti? Jangan salahkan
pelajar kerana bukankah tugas guru itu mengajar?
Hari ini, keputusan SPM 2013 diumumkan. Jam 10.30
pagi, saya menerima dokumen-dokumen keputusan yang diambil oleh Cikgu Zurainey
di PPD KB.
Sederhana.
Mungkin keseluruhannya kelihatan cemerlang tetapi
jika dibanding-banding, ia tidaklah secemerlang mana. Gred Purata Sekolah
(GPS) meningkat kepada 4.64 dan itu satu yang menggembirakan tetapi peratus
lulus merudum kepada 90.85. 15 orang pelajar daripada 164 orang calon telah
gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah. Jadi?
Kertas Matematik Tambahan pula yang diduduki oleh
95 orang pelajar hanya memberikan gred A kepada 6 orang sahaja. Mujur juga yang
gagal cuma seorang. Dengan Gred Purata sekadar 5.66 dan peratus lulus 98.9%
saya bolehlah tersenyum walaupun tidak lebar. Entahlah, terasa masih kecewa
kerana tidak mencapai target yang saya tetapkan.
Untuk tahun ini saya mahu melakukan lebih baik.
Semoga Allah memberi izin-Nya. Amin.
No comments:
Post a Comment