Dua hari lepas, biras saya yang tinggal di Laloh, Kak Wan, menghubungi suami saya sekadar bertanya khabar. Diberitakan juga yang suaminya, Abang Awang, tidak berapa sihat. Dan di hujung perbualan, Kak Wan mengajak kami berbuka puasa di rumahnya jika ada kelapangan.
Suami saya ini, jenis mengambil berat orangnya. Apatah lagi Abang Awang ialah abang sulungnya yang sudah berusia. Sering demam dan sakit-sakit.
Kebetulan hari ini kami di Kelantan bercuti sempena Nuzul Quran. Memikirkan hanya ini ruang yang sesuai, kami berdua pun bertolak ke Laloh. Jam 10.08 pagi kereta kami bergerak meninggalkan rumah.
Perjalanan sangat lancar dan seperti biasa, saya lena dibuai deruan tayar kereta. Jam 11.42 pagi, kami tiba di hadapan rumah Kak Wan.
Pintu rumahnya berkunci. Suami saya pun menelefon Kak Wan. Rupanya Kak Wan dalam perjalanan ke Batu 8 bersama-sama anaknya Suraya sekeluarga untuk berbuka puasa di rumah Kak Nab. Apabila suami memaklumkan yang kami sudah berada di rumahnya, terkejut bukan kepalang dia. Kenapa tak beritahu nak datang?
Tapi tak mengapa. Mujur Abang Awang tidak pula mengikut rombongan Kak Wan itu. Dia berada di Manik Urai, di rumah isteri mudanya Kak Yah. Kami pun bergerak ke sana.
Dapatlah juga kami berjumpa Abang Awang dan berbual-bual dengan Kak Yah. Abang Awang walaupun kurang sihat, tetap mesra melayan kami. Jam 1.00, kami meminta diri.
Perjalanan pulang kami juga lancar dan jam 2.30 kami tiba di rumah. Alhamdulillah.
Rezeki untuk berjumpa Kak Wan nampaknya tiada tetapi In Shaa Allah panjang umur kami akan ke sana lagi.
Sent from Samsung Mobile
No comments:
Post a Comment