Thursday, July 02, 2015

Balasan

Selalu kita mengharapkan balasan. Pada hal, betapa banyaknya nikmat Allah yang kita terima tanpa pernah kita minta.

Saya tidak tahu kenapa saya sangat tidak seronok apabila setiap amal kebaikan yang kita lakukan adalah kerana mengharap balasan kebaikan juga di dunia ini. Apabila kita mahu mengajak orang berbuat baik, contohnya bersedekah, kita akan mulakan dengan kisah-kisah orang yang rajin bersedekah dan mendapat ganjaran kebaikan segera di dunia. Pada saya, motif begitu tidak tepat. 

Ajaklah mereka bersedekah sebagai tanda kesyukuran atas setiap nikmat yang telah diterima. Benar Allah menjanjikan orang yang bersedekah itu tidak akan papa dan ada ganjarannya di dunia tetapi janganlah itu yang diutamakan sehingga apabila ada hajat yang diingini barulah mahu bersedekah. Ganjaran itu biarlah antara Allah dan kita, kerana apa yang lebih penting ialah keikhlasan dan kesyukuran.

Saya risau, jika selepas bersedekah tiba-tiba ada malang menimpa, atau tidak terkabul apa yang diminta, nanti dia akan menyalahkan Allah pula. Aku sudah bersedekah ya Allah, tetapi kenapa Engkau masih tidak mengabulkan permohonan aku?

Mereka bersedekah tidak ikhlas. Mereka mahu balasan. 

Ikhlaslah. Balasan itu biar datang sendiri. Allah tidak pernah zalim.


Sent from Samsung Mobile

No comments:

Post a Comment