Monday, July 20, 2015

Syawal

Jumaat

17 Julai 2015

1 Syawal 1436

Salam Aidilfitri.

Alhamdulillah masih saya diberi peluang meraikan Aidilfitri yang ke-45 dalam hayat yang ada. Sejak 1392 hingga 1436.

Walaupun ingatan pada kenangan Aidilfitri yang lepas-lepas tidak sekuat mana dek albumnya yang tiada, saya tetap sebahagia dulu saat melaluinya.

Bahagia apabila dapat bermaaf-maafan dengan suami, ibu, adik beradik dan saudara mara.

Bahagia apabila dapat menziarah dan diziarahi.

Bahagia apabila menghulur duit raya pada anak-anak kecil yang menyambutnya dengan ria.

Bahagia.

Bukankah Aidilfitri tiba untuk membawa bahagia?

No comments:

Post a Comment