Kadang-kadang, ia bagai tidak masuk di akal. Seorang yang bernama manusia tergamak mendera seorang anak kecil yang tidak berdaya. Mahu saya katakan dia itu binatang, tetapi binatang pun tahu mengasihi dan melindungi. Lalu salahkah jika saya katakan dia syaitan?
Saya tidak tahu cerita sebenar. Saya tidak tahu siapa yang mendera. Semuanya masih dalam siasatan dan saya tidak mahu menghukum sebelum segalanya selesai. Cuma, biar siapa pun dia, tidak selayaknya dia dipanggil manusia.
Menyelusuri laman sosial sebentar tadi, rupanya isu ini dipanaskan lagi dengan sebuah perbandingan. Ya, perbandingan yang sangat mudah.
Katanya, seorang wanita yang telah mengharumkan nama negara telah dicela teruk kerana tidak menutup aurat, tetapi wanita yang ditahan kerana mendera anak ini pula tampil berhijab. Kenyataannya, menutup aurat atau tidak bukan penentu akhlak seseorang wanita itu.
Entah. Mungkin ada betul dan salahnya. Saya tahu akan ada nanti yang membezakan entiti aurat dan akhlak bagi memberi justifikasi yang perbandingan sebegini tidak adil, tetapi di mata masyarakat ramai, begitulah pandangan mereka.
Terfikir pula, apakah kita terlalu menekankan bab aurat pada wanita sehingga lupa tentang akhlak dan peribadi? Kerana itulah wujud sebahagian wanita-wanita kita yang sangat menjaga aurat tetapi akhlak entah ke mana.
Maafkanlah saya. Saya tiada tauliah untuk bercakap dan menulis tentang ini. Saya hanya tertanya-tanya.

No comments:
Post a Comment