Bilik Peperiksaan yang menjadi tempat kerja saya di sekolah ini sememangnya panas. Kipas siling yang ada tidak memberi kesejukan pun kerana hawa panasnya membara. Berkali-kali sudah memohon alat pendingin hawa dipasang di sini tetapi siapa pun tidak endah. Panasnya amat menyengat. Bagaimana mahu optimumkan kerja jika suasana tidak kondusif?
Saya lalu menyudikan diri untuk membeli satu set kipas angin berdiri melalui Lazada. Saya cari yang murah sahaja, sekadar menyejukkan sedikit ruang ini. Dengan RM170 termasuk pos, kipas itu sampai pada dua minggu lepas. Alhamdulillah, adalah rasa nyaman sedikit biar pun tidak sesejuk air cond.
Khamis lepas, tanpa memohon izin saya, mereka dengan senang hati membawa turun kipas itu ke foyer sewaktu acara penyampaian bantuan KWAPM diadakan. Mereka mahu menyejukkan tetamu jemputan. Saya hanya memandang tanpa sepatah kata sewaktu dua orang pelajar datang mengangkut kipas itu ke bawah.
Selesai acara, mereka meletak kipas itu di bilik kaunseling dan pada hari Ahad semalam, tiada siapa yang datang menghantar kipas iti kecbilik peperiksaan. Seharian saya kepanasan.
Hari ini, saya meminta dua orang pelajar mengambil kipas itu dan menghantar ke bilik peperiksaan.
Apabila dipasang, kepala kipas sudah sedikit longgar. Saya mengangkat kepalanya ke atas, perlahan-lahan ia turun semula. Hati rasa geram kerana kipas ini baru lagi dibeli. Ya, kipas ini murah jadi bukanlah boleh dibawa ke sana ke mari sesuka hati. Biar sahaja ia berpusing di sini dan jangan dialih-alih. Barulah hayatnya akan lebih lama.
Geram saya bersebab. Air cond yang diminta untuk bilik ini tak pernah mahu ditunaikan, apabila kita beli kipas sendiri sesuka hati buat macam harta sekolah. Kipas itu bukan jenis yang lasak, tentulah akan mudah longgar skru dan sendinya jika diusung ke sana ke mari. Teruk benar ke sekolah ini sampai kipas pun kena pinjam cikgu punya?
Saya memang geram. Selepas ini saya akan tampal notis di kipas itu, Hak Milik Peribadi: Noorhayati Myiddin.
Biar apa orang kata!
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.
No comments:
Post a Comment