Saya belum habis memikir tentang PA21 yang diheboh-heboh kebelakangan ini. Saya masih enggan menerima sesuatu yang di luar kotak, kerana apa yang ada di dalam kotak saya masih elok sempurna.
Apabila saya melangkah ke kelas, saya mengharap anak-anak murid saya menyambut saya dengan penuh keinginan menimba ilmu. Apabila saya mulakan pengajaran, saya mahu mereka fokus dan faham. Apabila saya meminta mereka mencuba, saya mahu mereka bersedia dan ada semangat melakukannya. Dan apabila saya memberi tugasan, saya mahu mereka melaksanakannya.
Itu yang saya mahu. Kesedaran itu biar ada dalam diri mereka. Kemahuan itu biar datang secara semula jadi, bukan dipaksa-paksa, agar ilmu yang dicurah akan ditadah seoptimumnya.
Fokus saya ialah murid. Apabila murid mahu, tentu semuanya lancar dan laju. Jika murid tidak mahu, apa pun tidak mampu berlaku.
Saya tidak tahu saya berada pada abad keberapa dengan pengajaran sebegitu.
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.
No comments:
Post a Comment