Thursday, May 18, 2017

Berdosa

Manusia dan dosa umpama irama dan lagu, tidak dapat dipisahkan. Sebab itu kita perlu bertaubat hari-hari. Hari-hari. Tanpa jemu sedikit pun. Mudah-mudahan Allah ampun, mudah-mudahan Allah tutup aib kita.

Apabila melihat watak-watak pendosa di sekeliling kita, tegurlah dalam diam penuh santun dan sejahtera. Jika ada bukti bergambar atau bersuara, jangan disebar merata-rata. Juga jangan pula dikata hina dikecam segala, seolah-olah nerakalah tempat dia dan syurga sudah wajib bagi kita. Jika kita nampak dia seperti terpengaruh dengan persekitaran yang begitu, kita doakan dia diselamatkan dari terus hanyut.

Kerana kita juga pendosa. Dosa kita dan dosa dia berbeza, tetapi kita masih pendosa.

Tiada manusia yang putih jernih suci murni dari lahir hingga mati. Tetapi ramai yang bermula indah, berakhir keji. Tidak kurang juga yang bermula hitam, berakhir putih.

Kita ada senjata. Doakanlah. Untuk kita dan semua.



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

Post a Comment