Bila sudah berusia, kita boleh rasa banyak perubahan dalam diri. Bukan sekadar fizikal, tetapi mental juga.
Banyak benda yang dahulu kita suka, sekarang tidak lagi. Dahulu, seronok membaca tazkirah sentap, sekarang rasa macam dah tak sesuai.
Mungkin apabila berusia, naluri menjadi lebih lembut dan menerima. Dahulu suka marah dan berkata hodoh kepada orang yang jahat pada pandangan kita, tetapi sekarang rasa mahu mendekati dan memahami. Sungguh.
Lalu banyaklah perkongsian di media sosial yang tidak memenuhi piawaian sendiri. Kecam orang itu, kutuk orang ini, sindir, perli, semuanya memenuhi newsfeed dan amat membosankan saya.
Ada hamba Allah yang menghantar kisah tentang seorang ibu tunggal miskin di Melaka yang memerlukan bantuan tetapi hanya kerana dia tidak bertudung, ramai yang memerli menyindir.
Banyak lagilah. Tak tertulis rasa hati saya melihat tingkah orang kita. Sakit!
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.
No comments:
Post a Comment