Tuesday, May 30, 2017

Diriku

Dalam pengharapan yang tidak pernah padam, aku akan terus menghimpun dan memanjat sejuta doa. Kepada-Nya yang sentiasa tahu, aku tidak pernah mahu jemu. Dia memberi ujian, tentu Dia akan membuka jalan.

Setitis air mataku yang tumpah saat menghitung nasib diri, bukanlah kerana asaku hilang daripada pertimbangan. Aku hanya manusia yang kaya perasaan. Aku masih kekal berserah kepada-Nya, walau dalam pilu yang menghimpit. 

Tuhan, layarkan aku ke arah cinta-Mu. Tuntuniku menggapai redha-Mu. Di rimbunan kasih-Mu ku berteduh.

Tuhan, beriku hati yang kuat. Beriku jiwa yang cekal. Beriku semangat yang kental. Beriku keteguhan iman.

Sungguh aku akan terus melangkah menempuhinya dalam gagah dan tabah, agar nanti aku bahagia bertemu-Mu di sana.

Redhakanlah aku. 



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

Post a Comment