Thursday, May 11, 2017

Rasional

Selalu bila tiba hari guru, kami pun dirai dalam majlis yang kelihatannya meriah. Ada macam-macam acara untuk kami dengan tema tertentu.

Sebelum-sebelum ini, tema tidaklah sehebat mana. Sekadar memberi warna sahaja. Tiba-tiba tahun ini mereka memilih tema yang mencetus kontroversi.

Back To School.

Eh!

Kami diarahkan berpakaian sekolah!

Apa ni?

Tema ini sebenarnya sudah lama dibuat di sekolah lain. Kira macam dah outdated. Ingat kan dah tak timbullah tema macam ini tahun ini. Rupanya, mereka mahu juga!

Aduhai!

Apa keseronokannya melihat guru-guru yang sudah berusia ini dalam seragam sekolah? Untuk diketawakankah? Dengan badan yang sudah tiada saiz untuk dicari baju di kedai, apa pilihan yang kami ada? Pinjam baju anak murid? Saiz badan saya ini sememangnya eksklusif!

Entahlah. Saya pening mencari rasionalnya. Bukankah guru-guru layak gembira pada hari itu dengan menyertai acara sukaneka dan menonton persembahan murid? Apalah gembiranya kami bila dibeban dengan masalah mencari baju sekolah!

Tidak. Saya tidak marah. Saya kan orang yang sporting. Saya akan menerima sahaja setiap keputusan dengan hati terbuka.

Tunggu dan lihatlah saya pada hari itu nanti.



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

Post a Comment