Saturday, June 12, 2021

Belajar

Saya pun tidak tahu kenapa sewaktu saya belajar dahulu, tidak ada langsung rasa stress dan tension. Sungguh, saya tidak pernah tertekan kerana pelajaran. Sejak sekolah rendah, menengah sampailah ke universiti.

Saya lagu stress melihat orang belajar, contohnya melihat room mate saya yang asyik study 24 jam. Saya nampak dia macam tak ada life, dan saya kasihan. Tetapi hakikatnya dia memang suka study. Itu hobi dia. Buktinya, lepas habis exam dia mengadu bosan tak tahu nak buat apa sebab dah tak perlu study. Allah!

Berbezanya manusia.

Pada saya, kerana seronok belajarlah saya tidak stress. Dalam kelas saya dah faham, buat apa nak study gila-gila lagi. Buat latihan sekadarnya cukuplah. Kalau subjek yang nak kena hafal macam Biologi dan Sejarah, buat apa study awal-awal. Nanti lupa pula. Dekat nak exam kita pulunlah. 

Bahasa pula, bukan boleh bijak dengan belajar sehari dua. Ia proses berterusan. Kena konsisten membaca dan memahami, bukan semasa nak exam saja.

Bila ke perpustakaan, saya baca buku-buku dan majalah yang tak berkaitan langsung dengan subjek SPM. Ini untuk pengetahuan am, juga mengasah skil bahasa. Itu yang ramai orang lupa. Asyik nak cari buku Kimialah, Fiziklah, Biologilah. Pada hal semua tu cikgu dah ajar dalam kelas. Ulangkaji sikit-sikit sudahlah.

Eh, macam angkuh pulak saya ni. Tak, saya cuma cerita cara saya. Manusia kan berbeza.

Di tempat saya bekerja, rakan-rakan selalu kata saya ni serba tahu. Tanya pasal artis, berjela saya cerita. Buka isu doula dan antivaksin, saya boleh ulas juga. Politik usah cerita. Kalau bab pendidikan lagilah saya jelira. Sukan pun selalu saya berbincang dan berhujah dengan suami. Kalau bola sepak, tennis dan badminton saya memang seronok ambil tahu.

Bangga? Bukan, sebagai guru kita kena peka dengan isu semasa. Ini bila saya sebut doula, ada guru yang tanya apa tu? Eh, nak marah juga rasa hati saya. Tak apalah, mereka ni Facebook pun tak mahu ada. Pada hal isu semasa paling pantas boleh dicapai dari situlah. Stress ke kalau kita cakna isu semasa?

Berleter pulak. Dah lah!

No comments:

Post a Comment