Wednesday, June 23, 2021

Dunia

Dalam mencari dunia, kita perlu yakin yang langkah diatur mesti dalam keimanan yang padu. Dunia tetap perlu kita capai demi menuju akhirat. Usah asingkan nilainya, kerana tanpa dunia kita tidak akan berjaya di akhirat. Di dunialah tempat kita mengumpul bekal.

Lalu saya terkesima apabila mereka berkata cukup-cukuplah mengejar dunia. Fikirlah untuk akhirat pula. Apa selama ini mereka tidak pernah memikirkan akhiratkah? Apakah masa untuk dunia perlu dipisahkan dengan akhirat?

Selalu yang berkata begitu ialah mereka yang sudah malas bekerja. Mereka sudah tiada semangat untuk menyumbang bakti dalam medan pendidikan lalu mencari alasan mengejar akhirat. Alangkah ceteknya!

Pencen untuk beribadah. Rupanya selama ini mereka bekerja tanpa memasukkan elemen pengabdian pada Tuhan semesta alam. Rupanya mereka bekerja untuk gaji semata-mata. Rupanya begitu. Alangkah ruginya!

Usahlah kita pisahkan dunia dan akhirat. Ibadah itu bukan hanya di tikar sejadah atau di masjid. Jadikan setiap detik yang kita lalui bernilai pahala di sisinya. Masuk kelas dapat pahala. Memasak di rumah dapat pahala. Solat dan puasa juga dapat pahala.

Allah maha baik. Islam merangkumi setiap aspek kehidupan kita. Usah sempitkannya dengan akal pendek kita.

No comments:

Post a Comment