Saya mendaftar di My Sejahtera, tetapi sampai berbulan-bulan kekal berdaftar. Temujanji belum diberi.
Petang Ahad itu, pihak sekolah meminta saya menghantar kata setuju melalui pesanan WhatsApp kepada petugas KKM yang berkenaan. Ya, nama saya terpilih untuk divaksinasi atas kriteria guru rentan, kerana sewaktu data kami diambil oleh pihak jabatan saya nyatakan saya ada ketiga-tiga penyakit berangkai itu - darah tinggi, kencing manis dan jantung.
Tidak lama pun menunggu, sekitar jam 8 malam Ahad, petugas KKM menghubungi saya memberikan tarikh suntikan saya iaitu pada 2 Jun 2021 di JPN Tunjong.
Alhamdulillah.
Siapa pun akan cuak untuk disuntik benda baru yang belum meluas dan kesannya masih dikaji, tetapi kepada Allah saya bertawakkal kerana ini antara ikhtiar yang saya ada.
Dan Rabu semalam, sebaik usai solat Zohor, suami saya menghantar saya ke PPV Tunjong dan saya minta dia pulang menunggu di rumah. Bila siap saya akan panggil dia datang jemput. Tunggu di sini akan bosan, begitu.
Proses tidaklah lama tetapi perlu banyak bergerak dari kaunter ke kaunter. Ada enam kaunter semuanya dan dalam masa lebih kurang sejam saya selesai disuntik.
Alhamdulillah.
Kini saya menanti tarikh suntikan kedua iaitu pada 23 Jun nanti. Apabila lengkap dua dos, insya Allah saya memiliki perlindungan yang menjadi ikhtiar seperti diperintah Tuhan. Apa pun yang menanti di hadapan, Dia jualah penentunya.
Butiran vaksinasi:
Sinovac
Dos 1 : 2/6/21
No comments:
Post a Comment