Jam 05.11 petang Jumaat 25 Jun 2021, tamatlah kisah kehidupan Rohaizan binti Salleh di dunia ini. Di mata saya, kesudahannya cukup indah dan bahagia. Diiring restu suami, doa ibu dan kasih anak-anak, wajahnya begitu tenang saat di perbaringan. Sungguh Allah terlalu menyayangimu kak.
Empat puluh dua hari Kak Zan berjuang, akhirnya Allah memanggilnya pulang. Sedih memang tidak terkata tetapi kami tetap reda. Semuanya Allah permudahkan, seolah-olah Kak Zan tidak sabar-sabar mahu berehat di sisi-Nya.
Mengenali Kak Zan, dia kakak yang sentiasa prihatin. Sifatnya yang mesra dan mudah didekati, saya tidak kekok menjadi adik iparnya. Saya dan suami selalu diajak untuk menemaninya ke mana-mana, malah kami menunaikan haji bersama-sama pada 2010.
Kini dia sudah tiada, rasa seperti mimpi. Cepat sungguh dia meninggalkan kami, tanpa sempat kami bersedia. Semoga damailah Kak Zan di sana. Tunggu kami di syurga ya!
No comments:
Post a Comment