Saya mahu menggunakan akal fikiran saya sebaik-baiknya. Saya nampak banyak yang sudah berubah di sekeliling saya. Saya tidak boleh terus berpegang pada pandangan lama saya.
Malaysia ini tanah bertuah, tanah tumpah darah saya. Saya mahu negara saya ini aman damai dalam rahmat Tuhan. Doa saya sentiasa ada untuk negara saya.
Tetapi melihat perbalahan antara parti demi sebuah kerajaan (baca: kuasa), saya jadi sedih. Mereka bukan lagi meletakkan rakyat sebagai agenda perjuangan utama tetapi kepentingan peribadi dan kronilah yang mereka pentingkan. Saya sedih sungguh.
Kali ini, undi saya akan diberi kepada pihak yang saya rasa ada nilai-nilai yang saya mahu. Zahirnya, semua pun sama - cacamarba, penipu, maki hamun - tetapi saya akan cuba memperhalusi penilaian saya dengan cara saya sendiri hingga ke saat-saat akhir pembuangan undi nanti.
Semoga pilihan saya Allah redha.
Amin.
(Post sempena hari penamaan calon PRN di enam negeri hari ini)
No comments:
Post a Comment