Seperti biasa, Sabtu adalah hari untuk melupakan seketika beban kerja yang tak habis-habis di sekolah. Kata orang, jadi guru ni kerja senang. Hm, senangkah? Hanya guru yang tahu.....
Selalunya, sebelum Ahad menjelma, telah pun saya siapkan minda untuk menghadapi cabaran selama satu minggu (lima hari) di sekolah nanti. Memang mencabar, kerana bukan hanya perlu menyediakan diri untuk mengajar, tapi lebih dari itu.
Perjalanan saya.....
Asalnya, masa kecil dulu saya memang nak jadi cikgu. Biasalah, ramai yang suka tanya, "bila besar nanti Yati nak jadi apa?" dan jawapan klise saya, "nak jadi cikgu!"
Itu masa sekolah rendah. Masa tu, saya banyak terpengaruh dengan arwah ayah. Dia suka menggambarkan kerjaya guru sebagai satu yang dipandang tinggi. Ayah saya seorang kerani, tetapi dia selalu kata kerja guru bagus. Mungkin dia tak mau saya jadi kerani sepertinya...
Bila saya ke sekolah menengah, pandangan sudah berbeza. Saya sudah nampak kerjaya lain yang lebih hebat. Saya mula tahu kerjaya doktor, peguam, arkitek, jurutera, dan macam-macam lagi dari guru-guru di sekolah menengah. Masa ni saya tak tau nak jadi apa. Kalau ditanya, saya jawab sesuka hati je. Lagipun tak serius lagi fikir pasal kerja. Yang saya tahu nak dapat markah tinggi dalam setiap peperiksaan!
Bila tamat SPM, saya kena pilih tempat untuk sambung belajar. Keputusan SPM saya baik, jadi arwah ayah suruh saya pilih matrikulasi sains dengan harapan saya dapat jadi doktor. Hmm, anak yang patuh, tentu saya akur. Lagi pun saya rasa pilihan ayah adalah pilihan saya juga. Cuma yang berbeza, ayah suka kalau saya pilih matrikulasi Sains USM sebagai pilihan pertama, tetapi saya letak matrikulasi Sains UKM. Jadi, saya dapat UKM lah....
Pada tahun 2 matrikulasi, saya kena isi borang kursus pilihan. Saya pun pilihlah kursus perubatan sebagai pilihan pertama, diikuti Matematik/Komputer sebagai pilihan kedua dan Sains Hayat pilihan ketiga. Tetapi keputusan akhir matrikulasi saya tidak melayakkan saya berada di fakulti perubatan, jadi saya dipilih mengikuti kursus Matematik di Fakulti Sains Matematik dan Komputer, UKM Bangi. Saya terima dengan redha.
Pada tahun akhir di UKM, saya mula terfikir tentang pekerjaan.
Waktu itu saya dalam dilema juga, antara menyambung pelajaran ke peringkat sarjana atau bekerja. Saya mengambil keputusan untuk bekerja kerana saya fikir, saya perlu kukuhkan kewangan saya dan membantu keluarga terlebih dahulu. Jadi saya sasarkan untuk menjadi guru dan saya mengisi borang permohonan KPLI - sewaktu saya masih berada di tahun akhir. Alhamdulillah, permohonan saya berjaya dan saya dapat masuk KPLI sebaik tamat UKM. Maka dapatlah saya menjadi guru.

very nice blog!!sbb ada gmbr sy...he3..k.ti, wat la shoutbox, sng ckit..
ReplyDeleteNak letak shoutbox ke? Nantilah dulu. Macam tak berapa sesuai je.... hehehe!
ReplyDelete