Mesti korang pelik apa ke halnya tiba-tiba cerita pasal ikan pulak ni. Hehehe...
Esok kan hari Jumaat. Cuti hujung minggu kat negeri kawe nih. Jadi kena sediakan makan tengah hari yang sempurna lah sikit. Ya lah, hari kerja asyik makan nasi bungkus je, hari Jumaat yang mulia ni kenalah masak istimewa sikit, bukan untuk orang lain, untuk suami kita yang tercinta juga kan?
Sebenarnya, kat dalam freezer kat dapur tu, yang ada hanya ikan. Banyak pulak tu... Jadi hajat di hati hamba nak masak resepi ikanlah tengah hari besok. (Punyalah mithali, nak makan esok hari ni dah pikir...!!)
So, pilihan yang ada:
1. Ikan masak tiga rasa
Pernah lah sekali buat ikan tiga rasa ni. Memang la sedap, tapi cerewet jugalah. Banyak bahan nak kena sediakan. Ada ke kat dapur saya? Hehe, kena check dulu... Rasanya tak ada.
2.Ikan singgang
Kalau masak singgang kepala ikan tenggiri baru best! Ikan kembung tak berapa.... Tapi tak adalah pulak ikan tenggiri kat dalam freezer tu!!
3. Ikan bakar
Hmmmm.... lazat juga nih. Sediakan air asam sekali, lepas tu buat kangkung goreng belacan. Ha!! Dah dapat idea untuk masak besok... Siapa-siapa yang teringin nak merasa ikan kembung bakar cecah air asam jawa, jemputlah ke teratak hamba besok ya!!
Selamat malam.
No comments:
Post a Comment