Wednesday, July 29, 2009

Selamat Hari Jadi Abang

Hari ini, 39 tahun yang lalu, emak selamat melahirkan zuriat pertamanya yang amat dinanti-nanti. Betapa bahagianya emak dan ayah, kerana mendapat cahaya mata lelaki pada tarikh yang hampir dengan ulangtahun pertama perkahwinan mereka. Bayi comel itu dinamakan Muhammad Lutfi, yang bermaksud terpuji dan lemah lembut.

Sekarang bayi itu telah menjadi seorang manusia dewasa yang sudah pun berkeluarga. Ditemukan jodoh dengan seorang wanita Terengganu, Zaiha dan kini bahagia ditemani empat orang anak yang comel-comel belaka - Anis Radhiah, Ain Aliah, Aisyah Humaira dan Afnan Qayyum. Hmmm, mereka tentu sedang merindui ayah mereka yang jauh bertugas di Pakistan. Tetapi dengan kepesatan teknologi kini, rasanya tiada masalah untuk mereka berinteraksi, bila-bila masa jua.. kan?

Selamat hari jadi abang. Semoga bahagia sentiasa, di dunia dan di akhirat. We love you.

No comments:

Post a Comment