Hari ini hari Jumaat, hari cuti hujung minggu di sini. Seperti biasa, rutin hari cuti ialah mengemas, memasak dan mencuci pakaian.
Selepas solat subuh, saya menyediakan sarapan pagi. Walaupun hanya tinggal berdua sahaja di rumah ini, tetapi sarapan jarang dibeli. Jadi saya menyediakan nasi goreng, telur mata kerbau dan kopi o panas.
Selesai sarapan, saya mengemas rumah, menyiapkan cucian dan menyidai kain. Sempat juga melayari internet melalui telefon bimbit sebelum bersiap untuk ke kedai. Jam 10.15 turun ke Pasaraya DZ dengan suami. Beli barang-barang dapur dan sedikit makanan ringan. Kemudian ke kedai lauk basah di sebelah DZ untuk membeli ikan, ayam dan sayur. Juga singgah di gerai suratkhabar untuk membeli suratkhabar dan majalah.
Balik dari kedai, singgah rumah emak - emak saya dan emak mentua. Beri mereka sedikit lauk dan sayur untuk bekal beberapa hari. Tak lama, kami terus balik.
Di rumah, berehat sebentar sambil membaca suratkhabar dan majalah. Jam 12.15 mula masuk dapur untuk menyiapkan makan tengah hari. Menu hari ini - singgang kepala ikan tenggiri, kangkung goreng belacan dan ikan kekek goreng.
Rupa-rupanya suami saya dijemput untuk makan tengah hari di rumah rakannya sebaik selesai solat Jumaat. Saya dah agak dah, sebab jam 2.30 belum balik lagi dari solat Jumaat, mesti ada jemputan. Jadi saya makan tengah hari sendiri-sendiri saja.
Anak murid saya, pelajar tingkatan lima tahun lepas menghantar SMS, memberitahu mereka akan datang ke rumah saya jam empat petang. Jadi saya sediakan mi goreng dan keropok. Lama juga bersembang, jam 6.15 petang mereka pulang. Suami saya tiada di rumah kerana keluar ke hospital untuk menziarah rakannya, sebaik sahaja anak-anak murid saya tiba tadi. Jadi sekarang saya berseorangan di rumah.
Saya seronok sebenarnya apabila anak-anak murid datang bertandang ke rumah. Sekurang-kurangnya saya rasa masih diingati walaupun sudah tidak mengajar mereka lagi. Tujuh orang yang datang tadi ialah Farith (UiTM Dungun, Pentadbiran Awam), Azizi (Politeknik Kota Bharu, Kejuruteraan Awam), Hazim (UiTM P. Pinang, Kejuruteraan Mekanikal), Razak (UiTM P. Pinang, Kejuruteraan Awam), Aizura dan Farhana (Matrikulasi Pahang) dan Azwani (Tingkatan Enam SMK Kota). Saya sentiasa mendoakan kejayaan mereka di dunia dan di akhirat.
Malam ini, suami saya dijemput ke majlis tahlil di rumah jiran. Saya tak perlu memasak kerana makanan tengah hari tadi masih banyak lagi. Saya bercadang untuk berpuasa esok, kerana esok saya tak banyak kerja.
Itulah catatan saya untuk hari ini.

patutla seronok,ank murid ksygn yg dtg
ReplyDeleteHehehe!!!!!!
ReplyDeleteTau tak per....