Disebabkan PRK di Manek Urai, maka diumumkanlah - esok 14 Julai 09 ialah cuti umum untuk negeri Kelantan. Terima kasih daun keladi...
Nostalgia Silam
Saya lahir dalam keluarga yang sederhana - ayah saya seorang kerani dan ibu suri rumah - dan adik beradik yang ramai. Suasana keluarga saya banyak mendidik saya tentang kehidupan. Saya masih ingat lagi, sewaktu berusia 10 tahun (darjah 4) saya suarakan pada ibu saya, "Ma, kita tak pernah pergi jalan-jalan ke negeri lain kat Malaysia ni. Yati tak pernah kenal negeri lain selain dari Kelantan."
Sebenarnya saya seronok mendengar cerita kawan-kawan saya setiap kali tamat cuti sekolah. Ada yang bercuti ke Kuala Lumpur, ada yang pergi Melaka, dan macam-macam lagi. Saya selalu berangan-angan untuk ke tempat-tempat itu juga bersama keluarga. Tapi ibu saya hanya berkata, "Biarlah dia orang tu, kita tak mampu..." dan syukur, saya mudah memahami situasi itu. Sejak itu saya belajar untuk tidak terlalu meminta-minta. Saya belajar untuk memenuhi keinginan dengan daya usaha saya sendiri, tanpa terlalu bergantung pada ibu dan ayah.
Sewaktu Penilaian Darjah Lima, saya berjaya mendapat 5A. Abang saya, Lutfi juga telah mendapat keputusan yang sama dua tahun sebelum itu dan berjaya mendapat tempat di SMS Kelantan (Sekarang SMS T. M. Faris Petra). Cuma atas kesilapan masa remajanya, dia hanya bertahan selama dua tahun sahaja di sekolah itu. Apa yang berlaku itu, sedikit sebanyak terkesan juga di hati ayah dan ibu. Mereka mula berfikir dua kali sebelum membenarkan anak-anaknya yang lain belajar di sekolah berasrama penuh.
Lalu, ibu dan ayah sepakat untuk menghantar saya belajar di SMU (A) Maahad Muhammadi. Mungkin juga trend waktu itu, kebanyakan ibu bapa mula berminat dengan sekolah agama. Saya mulanya akur, kerana sekolah itu memang antara yang terkenal di Kelantan. Lagi pun, dengan keputusan 5A saya, saya dikecualikan menduduki ujian kemasukan. Saya diterima secara automatik.
Tetapi pada tanggal 4 Disember 1984, saya menerima surat tawaran dari MARA untuk meneruskan pengajian menengah saya di MRSM Kuala Terengganu. Diulangi - MRSM Kuala Terengganu!!
Bayangkan perasaan saya yang tak pernah keluar dari negeri Kelantan ini bila mendapat tawaran itu. Tentu sangat teruja dan terus sahaja memberitahu ayah dan ibu saya, "Yati nak masuk MRSM!"
Ibu meminta saya berfikir dulu. Katanya Kuala Terengganu jauh, Maahad dekat saja. Ayah pula memberi sepenuh kebebasan untuk saya memilih tanpa mahu mempengaruhi. Tetapi keputusan saya untuk ke MRSM Kuala Terengganu sudah muktamad.
Sememangnya ibu dan ayah saya sangat fleksibel. Keputusan saya tidak pun dibantah walaupun saya tahu mereka masih "trauma" dengan apa yang berlaku pada abang saya dua bulan sebelum itu.
7 Januari 1985, 10 pagi- Saya berdua dengan ayah bertolak ke Kuala Terengganu dengan menaiki bas. Ibu tidak dapat ikut kerana adik-adik yang masih kecil. Itulah pengalaman pertama saya menaiki bas ekspres selama 3 jam. Di Kuala Terengganu kami bermalam di Hotel Warisan dan keesokan pagi baru bertolak ke MRSM yang terletak di Batu Rakit menaiki teksi. Tercapailah hasrat saya untuk mengunjungi negeri lain di Malaysia, dan negeri itu ialah Terengganu!
Kenangan di MRSM Kuala Terengganu 1985-1989
Malam Lebaran 1986
Rakan sekelas (perempuan sahaja) sewaktu di tingkatan 5

kira k.ti ke luar dr klntn umr 13 thn..just nice!!tercapai jgk hsrt nk ke negeri lain hasil daya usaha sendiri..cngratlations!!
ReplyDeletedikecualikan dr amik exam utk msk maahad!!nsb baik dikecualikn..klu kna amik sure xdpt masuk..;p
"Cuma atas kesilapan masa remajanya, dia hanya bertahan selama dua tahun sahaja di sekolah itu."
tp skrg ni dlm ramai2 adk beradik yg dh keje, gaji dia plg tggi..n yg bestnya klu dia bg duit, mst bg byk2..tu yg best tu..ha5..$$$$$$$
Amboi! Sesedap rasa je U ngata I ya!! Kalau kena amik exam pun I yakin I lulus cemerlang. Exam nak masuk maahad tu apalah sangat....
ReplyDelete