Tekak saya sudah dua hari sakit. Kegemaran saya yang satu ini - minum air batu - nampaknya terpaksa dilupakan buat seketika. Walaupun begitu, hari ini saya puasa juga. Memang perit dan penat, sebab keadaan tekak yang tidak normal, kelas yang agak mencabar di sekolah hari ini dan cuaca yang agak panas. Tetapi saya belum habis lagi ganti puasa , jadi suka atau tidak saya mesti segerakan ‘penggantian’ puasa saya yang masih berbaki 3 hari lagi ini!
Cabaran pertama saya ialah berdepan dengan pelajar tingkatan 4 Ibnu Qaiyum – kelas tercorot bagi tingkatan empat. Saya mulakan topik “CIRCLES” dengan mereka hari ini. Mengajar pelajar-pelajar lemah memang memerlukan daya kesabaran yang tinggi. Saya cuba untuk tidak berlaku’zalim’ tetapi akhirnya saya tamatkan kelas yang durasinya satu jam dua puluh minit itu dengan leteran! Apa tidaknya, saya hanya meminta mereka menjawab soalan-soalan dalam buku teks setelah saya memberikan beberapa contoh penyelesaian, tetapi buku teks pun tidak dibawa. Bila saya marah, mereka menjawab balik. Akhirnya saya berleter! Tetapi jangan bimbang, leteran saya semestinya ‘sedap’ didengar kerana saya tidak akan berleter yang bukan-bukan. Leteran saya umpama nasihat yang sinis. Itu sahaja.
Kenyataannya, kebanyakan pelajar kelas ini tidak mempunyai cukup motivasi untuk berjaya dalam pelajaran. Mungkin persekitaran mereka kurang menyumbang ke arah itu. Kadang-kadang saya bertanya pada diri sendiri, salah gurukah apabila pelajar enggan belajar? Saya menulis di depan, mereka tidur di belakang. Kadang-kadang, untuk memancing minat mereka dalam Matematik, saya sediakan segala bahan keperluan – dari kertas graf hingga ke pemadam – supaya mereka rasa dihargai dan diberi harapan. Tetapi hasilnya? Saya enggan menyalahkan siapa-siapa. Sama-samalah kita fikirkan dan renungkan sedalam-dalamnya.
Tamat kelas tersebut, saya punya waktu senggang selama satu jam empat puluh minit. Saya penuhi masa senggang itu dengan menyiapkan buku rancangan, menanda kertas latihan pelajar dan berehat seketika.
Kelas seterusnya ialah tingkatan 5 Ibnu Sina. Saya tidak punya banyak masalah dengan pelajar kelas ini kerana mereka pelajar yang rajin dan sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian. Memandangkan sukatan Matematik tingkatan lima telah habis saya ajar, maka saya sediakan satu set soalan latihan yang saya muat turun dari internet untuk mereka iaitu soalan SPM (U) 2007 Kertas 2. Mereka kelihatan bersemangat sekali menjawab soalan ini dan berlumba-lumba mendapatkan markah yang baik. Berdepan dengan kumpulan pelajar seperti ini, saya rasa begitu seronok menjadi guru. Mereka amat menghargai saya.
Apa pun, tahun yang paling menyeronokkan sepanjang saya bergelar guru ialah tahun lepas – 2008, sewaktu saya mengajar di SMK Salor (mata pelajaran Matematik Tambahan). Saya berdepan dengan pelajar-pelajar yang sangat tinggi daya keinginan untuk cemerlang SPM. Mata pelajaran Matematik Tambahan memang agak ‘digeruni’ kebanyakan pelajar, jadi keraplah mereka mencari saya untuk membantu mereka. Saya pun rasa seronok dan tidak pernah rasa jemu untuk bersama mereka. Saya sanggup mengadakan kelas hingga petang dan hari Sabtu juga saya akan ke sekolah. Kadang-kadang mereka datang belajar di rumah saya. Sungguh, apabila pelajar menunjukkan keinginan yang tinggi, guru tidak pernah lokek membantu. Yang menjadi masalah ialah apabila guru sahaja yang beria-ia mengajar tetapi pelajar sambil lewa sahaja. Inilah yang menghancurkan semangat guru seperti saya…
Balik rumah hari ini saya rasa sangat longlai. Tekak semakin perit, jadi saya minta suami saya belikan Breacol di farmasi. Selepas solat Zohor, saya terlena seketika. Selepas asar saya memasak sedikit untuk berbuka puasa nanti. Ringkas sahaja menu saya hari ini – Sotong rebus serai, ikan cencaru sumbat dan sayur kacang panjang goreng campur udang. Alhamdulillah, sempurna puasa ganti saya ini, dan insya Allah tiga hari lagi akan dilangsaikan segera.

No comments:
Post a Comment