Friday, July 17, 2009

Gambar kenangan














Dari kiri: Abang saya, Lutfi di pangkuan Mak Pah, Datuk saya (Che Idris) meriba anak bongsunya Kamaruddin, saya, nenek tiri saya meriba anak perempuannya Tohirah, dan di belakang saya ialah Mak Ah mendukung adik saya, Aziah.

Mak Pah ialah adik emak saya yang bernama Sharifah. Ketika ini usianya 16 tahun. Mak Ah pula adik emak saya yang bernama Rafeah. Ketika ini usianya 13 tahun. Emak saya ada ketika gambar ini diambil tetapi menolak untuk bergambar. Sayang, kalau tidak wajah jelita emak semasa muda (baru 23 tahun waktu ini) akan terakam di sini. Perasan tak, hanya saya yang tidak dipangku oleh sesiapa? Sepatutnya emaklah yang memangku saya...

Gambar ini diambil pada tahun 1975 oleh arwah bapa saya, di kampung emak saya. Inilah satu-satunya gambar arwah datuk (saya panggil tok ayah) yang saya miliki. Tok ayah meninggal dunia pada tahun 1978. Saya hanya sempat bersama tok ayah selama 6 tahun. Itu pun hanya bertemu sewaktu balik kampung tetapi wajahnya tetap jelas dalam ingatan saya. Tidak banyak kenangan antara kami, tapi saya tahu dia menyayangi saya sebagaimana saya menyayanginya. Semoga Allah menempatkan Tok ayah di kalangan hamba-hamba yang dikasihi-Nya.



















Ini pula arwah Datuk saya sebelah ayah. Namanya Haji Walong. Dia meninggal dunia pada tahun 1981 sewaktu saya dalam darjah 3. Semoga Allah menghimpunkan mereka di kalangan hamba yang dikasihi, amin.

No comments:

Post a Comment