Saturday, July 31, 2010

Pemansuhan UPSR dan PMR

Ada antara kita yang tidak menyokong idea pemansuhan UPSR dan PMR ini kerana menganggap peperiksaan itu penting sebagai kayu ukur kebolehan pelajar. Saya menjemput anda yang masih kuat berpegang pada pendapat sedemikian untuk membaca dan menghayati tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berkaitan isu ini di blognya - Menamatkan Pendidikan Kiasu

Nilaikanlah dengan mata hati. Fikirkanlah dengan penuh tanggungjawab. Generasi yang bagaimanakah yang kita mahukan?

Wallahua'lam.

Friday, July 30, 2010

Imam Muda 2010

Tepat jam 10.22 malam, mudir program Imam Muda, Ustaz Haji Hassan Mahmud Al Hafiz mengumumkan Imam Muda Asyraf sebagai Juara Imam Muda 2010. Alhamdulillah.

Sesungguhnya program Imam Muda ini mencetuskan fenomena baru kerana ia turut mendapat perhatian banyak negara luar. Inisiatif Astro memperkenal program sebegini di tengah-tengah rancangan realiti yang melekakan anak muda amat wajar dipuji.

Tahniah buat Imam Muda Asyraf. Memang bakat dan ketokohan beliau sebagai imam amat menyerlah. Semoga perjalanan anda memartabatkan Islam di bumi Malaysia ini berpanjangan dan diberkati Allah.

Info Imam Muda Asyraf:













Nama: Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan
Umur: 26 tahun (12 Februari 1984)
Asal: Pulau Pinang
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh, Universiti Malaya
Pekerjaan: Imam
Status: Berkahwin dengan Nur Husna Yusuff (23 tahun)

Tahniah sekali lagi. Hadiah memang lumayan! Semoga sukses selalu.

Sekarang saya nak menonton rancangan Liga Ilmu pula. Tajuk malam ini ialah "Sayang isteri tangan-tangankan" dengan ahli panel yang hebat-hebat belaka iaitu Tarmizi Ab Razak (Pakar Motivasi), Salih Yaakob (Artis), dan Dr. Harlina Halizah Siraj (JIM) dengan dipengerusikan ustaz Zulkarnain Hamzah.

Hari ini dalam kenangan

Jam menunjukkan pukul 08.52 malam. Saya baru selesai solat Isya' dan sekarang bersendirian di kamar. Suami saya bertugas di Kem Skor A pelajar-pelajarnya, jadi dia ke sana selepas Maghrib tadi. Nampaknya saya bakal bersendiri sehinggalah dia pulang, mungkin sekitar jam 12 malam. Hmm.. apa yang berlaku sepanjang hari ini ya?

Hari ini cuti hujung minggu persekolahan, jadi saya tidaklah kalut sangat. Selepas subuh tadi, saya sambung tidur sampai 7.30 pagi. Suami belikan saya nasi belauk untuk sarapan, dan selesai sarapan dia keluar bersantai dengan jiran-jiran di kedai kopi depan rumah kami. Saya siapkan basuhan kain dan menggosok baju. Sempat juga melayari internet sementara menunggu jam 10 pagi, untuk keluar ke pasar Ketereh bersama suami.

Di pasar, saya beli lauk pauk untuk beberapa hari ini - ikan bawal setengah kilo, ikan pari (ketuka) dua ekor dan ikan selayang setengah kilo. Harganya cuma RM13.00. Saya juga membeli ikan bilis (RM9.00), telur masin (RM2.00), budu sebotol (RM1.80) selain barang runcit sejumlah RM32.00 - sunquick, milo, nescafe, serbuk kunyit, bawang merah, bawang besar, rempah kari ikan dan kari daging.

Seterusnya saya membeli pula sayur-sayuran - kacang panjang, baby corn, kulat dan petola sejumlah RM6.00 dan suratkhabar Berita Harian berharga RM1.50. Dalam perjalanan pulang, suami saya singgah di gerai menjual daging dan membeli ekor berharga RM6.00 untuk dibuat sup.

Tiba di rumah, jam menunjukkan pukul 11.00 pagi. Saya menyapu ruang tamu dan balkoni yang berhabuk dan dipenuhi najis cicak itu sementara suami keluar ke rumah ibunya. Tengah hari ini suami saya ada jemputan kenduri, maka saya hanya memasak untuk saya seorang sahaja. Menu yang ringkas tetapi menyelerakan - sayur kulat masak serai, ikan bilis goreng dan telur masin. Jam 1.30 tengah hari, sewaktu suami bersolat Jumaat, saya sudah selesai menikmati hidangan saya.

Selepas solat Zohor dan berehat sekejap, saya bersiap-siap untuk ke rumah ma, kerana ma dan Ismah akan menaiki kapal terbang Air Asia ke Kuala Lumpur pada jam 5.10 petang nanti. Kami bertolak ke lapangan terbang pada jam 3.42 petang, dan tiba di sana pada jam 4.16 petang. Ramainya manusia sedang beratur di kaunter check-in. Mungkin kerana hujung minggu, ramai yang berjalan-jalan ke rumah sanak saudara. Sepasang suami isteri pertengahan usia turut sama beratur di hadapan kami, dengan membawa satu kotak buah-buahan untuk anaknya di KL. Malangnya kotak itu tidak dibenarkan dibawa naik ke pesawat kerana mengandungi lempuk dan tempoyak. Kasihan pakcik dan makcik itu, terpaksa mengeluarkan bahan terlarang itu sebelum dibenarkan ke balai berlepas.

Jam 4.40 ma dan Ismah menuju ke balai berlepas manakala saya dan suami bertolak pulang ke rumah. Kami singgah di DZ sebentar untuk membeli pencuci kain jenama Dynamo, tetapi tiada di DZ. Lalu kami singgah pula di PKT. Ternyata barang-barang di PKT lebih banyak daripada DZ, dan harga juga lebih berpatutan. Cuma susun atur sahaja yang agak padat menyebabkan sedikit sukar untuk bergerak pantas. Bila dah masuk kedai, nampaknya bukan Dynamo sahajalah yang kami beli! Akhirnya terbanglah wang saya sejumlah RM83.05.

Kami sampai di rumah pada jam 5.46 petang dan selesai solat Asar, saya makan nasi sedikit dengan lebihan lauk tadi, dan menonton Benci Bilang Cinta di Astro Ria. Entah mengapa saya gemar mengikuti siri ini kerana ia tidak terlalu stereotaip seperti sinetron-sinetron Indonesia yang lain. Apatah lagi pelakon-pelakonnya boleh tahan kacak dan jelita!

Selepas maghrib, suami saya keluar dan saya meneruskan tugas saya di rumah - solat maghrib, mengaji quran dan solat isya'. Ma, Ismah dan Zahidah nampaknya sudah berkumpul di KL Sentral sekarang, alhamdulillah. Katanya sedang mengorder makanan. Makan apa ya? Saya rindukan Burger King di sanalah!!

Sekarang jam sudah pun ke angka 9.17 malam. Astro Oasis sedang menayangkan rancangan Imam Muda Akhir secara langsung, perhitungan di antara Hizbur dan Asyraf. Dua-duanya hebat, siapa-siapa menang pun tidak mengapa bagi saya.

Saya tutup diari saya hari ini di sini kerana saya ingin menonton Imam Muda sekejap. Jika saya masih segar bugar selepas Imam Muda ini tamat, insya Allah saya sambung dengan entry lain pula.



Tuesday, July 27, 2010

Nasi Lemak Saya

Rutin saya apabila tiba hujung minggu ialah menyediakan sarapan nasi lemak buat suami tercinta. Dia memang gemar nasi lemak, tetapi ada syarat-syaratnya. Pertama, sambal tumis ikan bilis mesti pekat dan kuah sedikit sahaja. Rasanya tak boleh masam, kena manis-manis sikit. Nasi pula tak mau yang lembik. Timun tak ada pun tak apa, cukup nasi dengan sambal tumis ikan bilis sahaja. Pernah sekali saya buat sambal tumis udang, dia makan juga tetapi dia kata tak sesedap sambal tumis ikan bilis.

Masak nasi lemak ini memang cerewet. Kena sediakan santan dulu. Lepas tu kisar cili pula. Makan masa, kan? Hmm, cara saya sangat mudah dan ringkas. Tak sampai setengah jam saya masak, nasi lemak saya sudah siap dihidang. Macam mana tu?

Saya memang sentiasa memiliki stok santan segera Adabi. Santan serbuk, dalam peket berharga RM1.50. Santan ini mudah disimpan dan pada saya, rasanya hampir menyamai santan asli. Saya hanya menggunakan setengah peket santan ini untuk satu pot beras. Lebihannya saya simpan dalam peti ais dan ia tahan lama. Berbeza dengan santan cecair yang dijual dalam kotak atau santan segera dari pasar, yang mesti disimpan di bahagian sejuk beku dan rasanya akan berubah jika disimpan terlalu lama.

Jadi saya tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakan santan kerana saya cuma perlu basuh beras seperti biasa, masukkan air secukupnya, masukkan pula serbuk santan Adabi itu dan kacau rata. Saya jerang nasi lemak saya atas dapur gas sahaja, sebab ia lebih cepat berbanding menggunakan periuk nasi elektrik. Sementara menunggu nasi masak, saya kupas bawang dan tumbuk lumat menggunakan lesung batu. Tak perlu blender, sebab kuantitinya sedikit sahaja. Apabila dah lumat saya gaulkan dengan serbuk cili Baba's. Kemudian saya panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tadi. Sementara tumisan saya garing, saya bersihkan ikan bilis. Tak perlu asam jawa untuk tumisan saya kerana suami saya tak gemar, juga tak perlu garam kerana ikan bilis itu sudah masin. Saya cuma masukkan sedikit gula sahaja. Sebaik nasi lemak saya masak, sambal tumis saya juga siap. Cepat, bukan? Oh ya, saya sediakan telur rebus juga bersama-sama nasi lemak saya itu. Jadi tidaklah nampak ringkas sangat.

Saya rasa gembira melihat suami saya makan dengan berselera sambil memuji kesedapan nasi lemak itu. Apa lagi yang dimahukan oleh seorang isteri bukan?

Masa a.k.a Waktu

Pantas sungguh masa berlalu, tanpa pernah mahu peduli pada siapa-siapa. Sebulan bagai seminggu, seminggu bagai sehari dan sehari umpama sejam! Oh tidak... masa menghambat, usia meningkat, kematian mendekat, hati pun tersayat!!

Benarlah semakin lama aku hidup, masa kurasakan menjadi semakin pantas. Putaran dunia ini semakin lajukah? Baru sahaja rasanya menyambut ketibaan 2010, kini sudah melangkaui separuh darinya. Betapa cepatnya aku menjadi tua, dan dalam tidak sampai dua tahun lagi usiaku bakal menjadi 40. Sempatkah aku?

Semoga masa yang lalu bisa menjadi panduan dan sempadan dalam meneruskan kehidupan. Semoga masa yang mendatang akan menjadikan aku lebih baik dan lebih bersedia menempuh apa jua kemungkinan. Selama lebih 38 tahun hidup di dunia ini, rasanya telah banyak pengalaman yang aku kutip, yang dapat aku simpan jadi ingatan dan panduan.

Ada yang manis, memberi senyuman kala mengimbasinya.
Ada yang pedih, menerbitkan sayu kala menyelusurinya.
Ada yang penuh pengajaran, menghadirkan tabah dan redha dalam jiwa kala mengenangnya.
Segala memori yang tersimpan tiada satu pun yang aku anggap sia-sia, biarpun ada antaranya yang enggan kugamit.

Doaku, biarlah masa yang masih ada buat aku di dunia ini dapat kumanfaatkan sepenuhnya buat bekalan bertemu-Nya.

Amin.

Saturday, July 24, 2010

Ikhlaslah menyayangi...

As she stood in front of her 5th grade class on the very first day of school, she told the children an untruth. Like most teachers, she looked at her students and said that she loved them all the same. However, that was impossible, because there in the front row, slumped in his seat, was a little boy named Teddy Stoddard.

Mrs. Thompson had watched Teddy the year before and noticed that he did not play well with the other children, that his clothes were messy and that he constantly needed a bath. In addition, Teddy could be unpleasant. It got to the point where Mrs. Thompson would actually take delight in marking his papers with a broad red pen, making bold X's and then putting a big "F" at the top of his papers.

At the school where Mrs. Thompson taught, she was required to review each child's past records and she put Teddy's off until last. However, when she reviewed his file, she was in for a surprise. Teddy's first grade teacher wrote, "Teddy is a bright child with a ready laugh. He does his work neatly and has good manners... he is a joy to be around.."

His second grade teacher wrote, "Teddy is an excellent student, well liked by his classmates, but he is troubled because his mother has a terminal illness and life at home must be a struggle."

His third grade teacher wrote, "His mother's death has been hard on him. He tries to do his best, but his father doesn't show much interest, and his home life will soon affect him if some steps aren't taken."

Teddy's fourth grade teacher wrote, "Teddy is withdrawn and doesn't show much interest in school. He doesn't have many friends and he sometimes sleeps in class."

By now, Mrs. Thompson realized the problem and she was ashamed of herself. She felt even worse when her students brought her Christmas presents, wrapped in beautiful ribbons and bright paper, except for Teddy's.

His present was clumsily wrapped in the heavy, brown paper that he got from a grocery bag. Mrs. Thompson took pains to open it in the middle of the other presents. Some of the children started to laugh when she found a rhinestone bracelet with some of the stones missing, and a bottle that was one-quarter full of perfume.

But she stifled the children's laughter when she exclaimed how pretty the bracelet was, putting it on, and dabbing some of the perfume on he r wrist. Teddy Stoddard stayed after school that day just long enough to say, "Mrs. Thompson, today you smelled just like my Mom used to."
After the children left, she cried for at least an hour.

On that very day, she quit teaching reading, writing and arithmetic. Instead, she began to teach children. Mrs. Thompson paid particular attention to Teddy. As she worked with him, his mind seemed to come alive. The more she encouraged him, the faster he responded. By the end of the year, Teddy had become one of the smartest children in the class and, despite her lie that she would love all the children the same, Teddy became one of her "teacher's pets.."

A year later, she found a note under her door, from Teddy, telling her that she was the best teacher he ever had in his whole life. Six years went by before she got another note from Teddy. He then wrote that he had finished high school, third in his class, and she was still the best teacher he ever had in life.

Four years after that, she got another letter, saying that while things had been tough at times, he'd stayed in school, had stuck with it, and would soon graduate from college with the highest of honours. He assured Mrs. Thompson that she was still the best and favorite teacher he had ever had in his whole life. Then four more years passed and yet another letter came.

This time he explained that after he got his bachelor's deg ree, he decided to go a little further. The letter explained that she was still the best and favorite teacher he ever had. But now his name was a little longer.... The letter was signed, Theodore F. Stoddard, MD.

The story does not end there. You see, there was yet another letter that spring. Teddy said he had met this girl and was go ing to be married. He explained that his father had died a couple of years ago and he was wondering if Mrs. Thompson might agree to sit at the wedding in the place that was usually reserved for the mother of the groom. Of course, Mrs. Thompson did.

And guess what? She wore that bracelet, the one with several rhinestones missing. Moreover, she made sure she was wearing the perfume that Teddy remembered his mother wearing on their last Christmas together. They hugged each other, and Dr. Stoddard whispered in Mrs. Thompson's ear, "Thank you Mrs. Thompson for believing in me. Thank you so much for making me feel important and showing me that I could make a difference." Mrs. Thompson, with tears in her eyes, whispered back.

She said, "Teddy, you have it all wrong. You were the one who taught me that I could make a difference. I didn't know how to teach until I met you." (For you that don't know, Teddy Stoddard is the Dr. at Iowa Methodist in Des Moines that has the Stoddard Cancer Wing.)

Friday, July 23, 2010

Ramadan tiba lagi

Hari ini 11 Sya'aban 1431H. Tidak sampai tiga minggu saja lagi, Ramadan bakal hadir untuk memberi ruang dan peluang kepada kita mendapat sebanyak mungkin ganjaran yang dijanji bersamanya.

Jika sebelum ini kita tidak memanfaatkan sepenuhnya kurniaan Ramadan ini, maka sematkanlah azam dan keinginan untuk mengoptimumkan Ramadan yang insya allah kita tempuhi nanti. Ia hadir bersama sejuta rahmah dan maghfirah. Jangan sia-siakan ia begitu sahaja.

Semoga hadirmu kali ini wahai Ramadan, bakal menyaksikan satu keinsafan abadi dalam diri. Amin.

Selamat Tinggal Silamku

Daun jingga berguguran itu
menjadi saksi sebuah perjanjian
betapa silam yang kelam
bakal kutinggalkan

Tibamu Ramadan
menggamit keinsafan yang
menjalar ke segenap ruang hati
mengalir dalam setiap urat darah
menitiskan mutiara jernih
di penjuru wajah
menangisi silamku yang penuh debu

Kusambutmu Ramadan
dengan harapan keampunan
semoga akan sucilah
hati seorang aku
sebelum mengadap-Mu
Rabbul Izzati..


Thursday, July 22, 2010

Sekadar renungan

Petikan daripada akhbar Berita Harian semalam (dalam ruangan RakanBH, muka surat 41):

“Setiap guru patut diberi komputer dan broadband percuma. Guru terpaksa guna wang sendiri beli komputer dan bayar bil broadband. Fikir-fikirkanlah rasionalnya.”

Tiba-tiba, sebagai seorang guru saya berasa malu dengan komen ini. Entahlah, saya memang sejak azali lagi sangat tidak gemar dengan minda subsidi. Semua benda kalau boleh, mahu diminta percuma. Apalah nikmatnya menggunakan barang percuma ini? Sungguh saya tidak faham. Yang saya faham, erti hidup pada memberi - seperti kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Mungkin pengomen ini berfikir betapa tugas guru sekarang tidak dapat dipisahkan dengan dunia ICT. Soalan ujian, lembaran markah, data pelajar, aktiviti kokurikulum dan banyak lagilah, telah diICTkan dengan jayanya. Pendek kata, tanpa komputer guru itu bukan seorang guru.

Benarlah itu. Bukan guru sahaja yang demikian adanya. Kerani, doktor, peguam, jururawat, pensyarah, arkitek, akauntan, malah juruwang di pasar raya pun menggunakan komputer. Adakah mereka bersuara meminta komputer dan broadband percuma? Guru, jika dikatakan mengada-ngada mereka akan marah. Tetapi kenyataan begini amat buruk bagi saya, dan saya memang malu.

Sudah-sudahlah meminta. Belajarlah memberi. Setakat komputer riba, pelajar universiti yang belum bergaji itu pun mampu beli, takkan guru nak yang subsidi? Bil broadband pula cuma RM50 sebulan. Mahal sangatkah? Janganlah membutakan mata pada ganjaran yang Allah janjikan.

Lagipun, jika kementerian bekalkan komputer untuk setiap guru, terjaminkah komputer itu hanya diguna untuk kegunaan pengajaran di sekolah? Pastinya tidak. Komputer PPSMI yang dibekalkan pada 2003 – 2009 dahulu pun dibuat bak harta sendiri oleh sesetengah guru (hinggakan guru yang bukan PPSMI ingin guna pun susah) inikan pula apabila diberi secara individu! Tentu sekali anak-anak akan menggunakan komputer itu untuk bermain “computer games”, suami pula tekun melayari internet.

Bagi saya, benda-benda yang umum seperti ini tidak payahlah diminta percuma. Miskin benar bunyinya. Kedekut pun ya juga. Seolah-olah tiada yang ikhlas dalam diri. Saya takut nanti akan ada yang meminta pen percuma, buku nota percuma, air mineral percuma (cikgu kan banyak bercakap, kering tekak tau!!) dan entah apa-apa lagi yang percuma.

Jagalah maruah guru wahai guru!!

Saturday, July 17, 2010

Sabtu 17 Julai 2010

Seharian hari ini saya habiskan dengan berbaring-baring di rumah sahaja, kerana perut amat tidak selesa. Selesai sarapan nasi kerabu yang suami belikan di kedai, saya berehat serehat-rehatnya di bilik. Tiada keinginan langsung untuk ke mana-mana.

Tengah hari, saya masak ikan tenggiri goreng. Kebetulan malam tadi suami saya merajinkan diri mencari belalang di sekitar rumah, maka saya goreng belalang itu untuk hidangan tengah hari, selain petai dan budu. Hm, berselera juga bila sesekali makan nasi lauik belalang goreng!

Selepas Zohor, saya ajak suami ke klinik beli ubat. Mula-mula kami ke Klinik Sayyida di Wakaf Che Yeh. Saya minta pil Synflex tetapi Synflex tiada di klinik itu, hanya Ponstan sahaja yang ada. Saya ke Klinik Ikhtiar di sebelah, dan mujurlah ada di situ. Dapatlah saya sepuluh biji pil Synflex berjenama Sonap, dengan harga RM5.00 sahaja.

Suami belikan pisang goreng di gerai di hadapan klinik itu, dan santaplah saya akan pisang goreng itu dengan berseleranya. Memang saya gemar pisang goreng, apatah lagi kalau panas-panas!

Pulang ke rumah, saya teruskan rehat saya. Kebetulan cuaca mendung dan hujan sekali-sekala, memberikan suasana yang amat kondusif untuk saya berkurung di bilik. Hajat di hati mahu tidur, tetapi mata enggan lena. Saya berehat bertemankan majalah dan buku-buku kesayangan saya, sambil sesekali memetik juga papan kunci di komputer riba, sekadar membaca status di facebook.

Lepas Asar, adik Ismah saya menghantar mesej, katanya ingin datang ke rumah. Oh, silakan!! Saya seronok saja walaupun masih sakit perut. Lebih kurang 6 petang mereka tiba - Husna, Ismah, Zahidah, Sufi, Anis dan Ain. Saya cuma hidangkan aiskrim dan susu nutrigen sahaja kerana tiada makanan lain di rumah saya. Kasihan...

Malam, suami kata dia tidak mahu makan nasi. Jadi saya cuma goreng keropok lekor yang abang Pi bagi semalam dan kami santap sebagai makan malam kami.


Sekian.

Thursday, July 15, 2010

Jom isi minyak!!

Hahahaha!!!!

Saya masih ingat pada 5 Jun 2008, apabila PM Pak Lah menaikkan harga minyak menjadi RM2.70 seliter. Waktu itu saya sedang berada di Langkawi, bercuti bersama suami. Selepas mendengar pengumuman Pak Lah dalam Buletin Utama, kami keluar ke Pekan Kuah untuk makan malam. Sungguh mengejutkan kerana kenderaan begitu banyak di jalanraya. Rupanya mereka beratur di stesen minyak untuk memenuhkan tangki minyak kenderaan masing-masing sebelum jam 12 malam. Aduhai.... sungguh kelakarlah mereka ini!

Tahukah mereka betapa tidak praktikalnya tindakan mereka itu? Tempoh menunggu yang lama itu sebenarnya sudah membakar berliter-liter minyak. Belum lagi dikira dengan masa yang dibazirkan, juga betapa seksanya orang lain yang terperangkap dalam kesesakan itu disebabkan manusia-manusia berotak sempit ini!! Aduh!!

Mungkinkah malam ini peristiwa yang sama akan berulang lagi?

Bergembiralah dengan berita ini

Saya rasa gembira menjadi rakyat Malaysia. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia kerana anda sangat bertuah! Semoga kita semua akan terus didahulukan dalam segala perkara.

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan harga gula diselaras sebanyak 25 sen sekilogram, harga petrol RON95 dan diesel 5 sen seliter dan gas memasak LPG sebanyak 10 sen sekilogram mulai esok.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyatannya sebentar tadi menyebut, harga petrol RON97 pula akan diapungkan secara terkawal.

"Kabinet membuat keputusan hari ini bahawa harga bahan api dan gula diselaraskan sebagai sebahagian program rasionalisasi subsidi kerajaan," kata kenyataan itu.

Terima kasih Kerajaan Malaysia ku!! Malaysia Boleh!!!!!

Duit

Entah mengapa ramai yang berkata aku ini punya duit yang banyak. Malah kata mereka, duit aku dan suami "tak habis dimakan". Hmmm, aku ini kategori tak pandai guna duit barangkali. Atau mungkinkah kedekut? Oh.. tidak!!

Aku ini guru. Suamiku pun guru. Ya, kami cuma guru, bukan ahli perniagaan. Kami cuma menerima gaji sebulan sekali seperti orang lain juga. Kami punya hutang rumah dan hutang kereta seperti orang lain juga. Kami makan tiga kali sehari seperti orang lain juga. Apa yang berbeza? Hmm, baru kuingat. Kami tiada anak. Sebab itukah kami dikatakan banyak duit?

Benar, kami tiada anak. Tetapi aku masih memperuntukkan sejumlah wang untuk ibu, ibu mentua dan dua orang adikku yang masih belajar itu. Anggaran seribu sebulan dikhususkan untuk mereka. Rasanya ini sama dengan keluarga yang memiliki dua atau tiga orang anak berusia sekitar 1 - 12 tahun bukan? (Betulkan aku jika silap!)

Lalu apa bezanya aku dengan rakan guru lain yang bergaji sama dengan aku? Apa halnya aku dianggap punya wang yang banyak dan tidak habis dimakan?

Mungkin kerana tahun ini aku dan suami bergaya dengan Camry baru, dan terpilih pula untuk menunaikan Fardhu haji ke Mekah. Alhamdulillah. Lalu tiba-tiba mereka nampak kami ini mewah.

Sebenarnya, kami bukan kaya. Bukan mewah. Kami sama seperti orang lain tetapi yang membezakan mungkin cuma kami punya perancangan. Kami merancang untuk semua yang kami miliki, dan alhamdulillah Allah mengizinkannya.

Aku masih ingat pada awal perkahwinan dahulu. Kami tidak terus membeli kereta baru seperti orang lain walaupun kami mampu kerana kami ingin menyimpan. Kami menyewa rumah teres yang murah sahaja kerana target kami ialah rumah sendiri dalam masa 5 tahun. Kami menabung, tetapi tidaklah sampai mengikat perut. Kami disiplinkan diri supaya tabungan kami tidak berusik sehingga kami bersedia membina rumah.

Pada 2001, kami berkira-kira untuk menambun tanah sawah mek di Chenok itu. Pada masa yang sama, kami perlu membayar harga jalan kepada tuan tanah di hadapan tanah kami, juga bayaran kepada kakak suamiku kerana tanah itu milik mereka berdua. Bila kami hitung, kami perlukan sekitar RM24,000.00 untuk tujuan itu. Simpanan kami masih belum cukup, lalu aku menyudikan diriku membuat pinjaman bank rakyat sebanyak RM15000.00 dengan bayaran balik sebanyak RM407 sebulan selama 4 tahun. Maka dapatlah segala kerja yang kami rancang itu disempurnakan seadanya.

Pada 2003, kami mulakan misi membina rumah. Sementara menunggu wang pinjaman kerajaan diluluskan, kami keluarkan semua tabungan yang ada bagi proses pembinaan rumah hingga tabungan kami itu habis licin! Apabila wang pinjaman kami terima, kami menabung semula dengan penuh berdisiplin.

Alhamdulillah selepas setahun, rumah kami siap dan sedia diduduki. Kali ini kami merancang untuk ke Mekah pula. Kami mendaftar di Tabung Haji dan mereka menjangkakan nama kami akan dipanggil pada musim Haji 1430 H (2009). Kami sabar menunggu.

Tahun 2009 tiba dan kami ke Tabung Haji untuk bertanyakan status kami. Kata mereka, giliran kami tahun depan. Tidak mengapa, kami akan tunggu lagi.

Maka tahun ini, nama kami telah tersenarai sebagai calon terpilih dan kami menyediakan diri mental dan fizikal untuk ke sana. Semoga Allah mempermudah urusan kami berdua.

Apa yang aku ingin tekankan di sini, kami bukan kaya. Kami cuma mengikut perancangan kerana tanpa perancangan rapi, wang atau duit atau pitih itu akan berlalu begitu sahaja. Sasarkanlah tujuan kita, kerana sebagai manusia kita tidak pernah merancang untuk gagal, tetapi acapkali kita gagal untuk merancang. Duit jika tidak disimpan, akan habis dan pergi begitu sahaja tanpa dapat kita menjejakinya semula.

Satu perkara lagi, jangan lupa menghulur pada ibu bapa dan keluarga di kampung. Mereka tidak meminta, tetapi akan terharu dan teruja dengan pemberian daripada anaknya, yang pastinya seiring dengan doa yang tidak putus-putus. Tidak perlu banyak, cukup sekadar untuk menggembirakan hati orang tua. Benar, ia amat berkat. Percayalah!

Sunday, July 11, 2010

Public Speaking

Hari ini aku ke sekolah seperti biasa, selepas bercuti hujung minggu selama dua hari. Alhamdulillah, jiwa agak tenteram melayari hari-hari yang berlalu, walaupun tidak dapat aku nafikan masih wujud juga ketidaktenangan lantaran bebanan tugas yang adakalanya di luar batasan keupayaan.

Khamis baru-baru ini, aku menerima surat pemberitahuan sebagai guru bertugas dari 11 hingga 15 Julai. Nama aku tercatat paling atas dalam senarai dan ini bermakna aku bakal berucap di perhimpunan mingguan untuk memberi laporan.

Aku bukanlah seorang yang sukakan pengucapan awam. Sejak dulu lagi inilah bahagian yang paling aku tidak gemari. Aku masih ingat sewaktu mengajar di SMK Salor dua tahun lepas, aku tiada pilihan terpaksa berucap di perhimpunan kerana guru yang bertugas bersama aku bercuti. Semalaman aku tidak lena tidur kerana terlalu takut dan bimbang untuk berucap di khalayak ramai! Esoknya, dengan lagak selamba aku pun berucaplah... tetapi dalam hati berdebar tidak terkira, malah berpeluh-peluh! Rasanya aku berucap hanya selama tiga minit sahaja kerana tidak pandai berbasa basi! Straight to the point!

Maka untuk Ahad minggu depan, giliran aku untuk berucap pun tibalah. Aduh... bagaimana ini? Akan tidak lena tidur pulakah?

Selesai perhimpunan pagi tadi, aku menghubungi cikgu Hashim yang bertugas bersama-sama aku. Aku beranikan diri bertanya, sudikah dia menggantikan aku untuk berucap di perhimpunan minggu depan? Aku akan sediakan laporannya. Mujur dia setuju tanpa banyak soal. Nampaknya, aku selamat untuk kali ini - harap-haraplah. Jangan cikgu Hashim tak hadir pula Ahad nanti!

Jokes

MUTHU & THE INTERVIEWER
Interviewer : What is your birth date?
Muthu : 13th October
Interviewer : Which year?
Muthu : ... EVERY YEAR

MUTHU & HIS MANAGER
Manager asked Muthu at an interview....
Can you spell a word that has more than 100 letters in it?
Muthu replied: P-O-S-T-B-O- X

MUTHU & LONDON TRIP
After returning back from a foreign trip, Muthu asked his wife, Do I look like a foreigner?
Wife : No! Why?
Muthu : In London , a lady asked me, "Are you a foreigner?".. that's why .
Wife : SHOCKED!

MUTHU & TOURIST
One tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man born in this village or not .

And Muthu said .. "No sir, only babies were born here .."

MUTHU & HIS EXPERIMENT
Muthu was doing an experiment with cockroach. First he cut it's one leg and told WALK. WALK. Cockroach walked.
Then he cut it's second leg and told the same. Cockroach walked.

Then cut the third leg and did the same.

At last he cut it's fourth leg and ordered
it walk! But cockroach didn't walk.
Suddenly Muthu said loudly, "I found it. If we cut cockroach's four legs, it becomes deaf.
Muthu become a saint!

MUTHU & DRIVER
When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted mirror. Muthu shouted, "You are trying to see my wife ?
Sit back. I will drive.

MUTHU GOES TO HOTEL
Muthu went in a hotel. To wash hands he went to the washbasin. There he started washing the basin. Seeing this, the manager asked what was he doing.

Muthu pointed towards the board " WASH BASIN "

MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART
Interviewer : Just imagine your in 20th floor in a building, it caught fire and how will you escape ?
Muthu : It's simple.. I will just stop my imagination .. :)

Oh ... i forgot .. the funniest part ..

On a political rally Muthu was arrested. Why ????????????
Because, a woman journalist walking with a badge wrote "PRESS" on her right chest .. and he did it !

Saturday, July 10, 2010

UPSR? PMR? SPM?

Apabila Menteri Pelajaran yang juga TPM Malaysia mengumumkan cadangan pemansuhan UPSR dan PMR, saya adalah antara insan-insan yang sangat menyokong. Saya sokong UPSR dan PMR dimansuhkan dan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih menyeluruh dan bersepadu, bermula dari tahun pertama persekolahan lagi.

Apa yang saya nampak, belakangan ini UPSR sudah dilayan keterlaluan oleh semua pihak. Pihak sekolah, ibu bapa dan para pelajar menarafkan UPSR seumpama peperangan yang wajib dimenangi, by hook or by crook! Maka hasilnya, beribu-ribu pelajar 5A dilahirkan oleh sekolah yang dikatakan cemerlang, tetapi 5A itu tidak ada harga sama sekali. Mereka mendapat A dengan pelbagai cara - latih tubi, teknik menjawab soalan, seminar menjawab soalan, penekanan kepada soalan-soalan terentu, dan tidak ketinggalan meniru. Benar, guru mereka mengajar mereka meniru untuk mendapat A! Saya bukan mereka-reka cerita. Saya telah banyak kali mendengarnya dari mulut anak murid saya, dan adik beradik saya juga. Apa nilai murni yang ingin guru dan sekolah terapkan sebenarnya? UPSR hanya satu UJIAN, bukan peperiksaan!

Hati saya sakit melihat anak murid saya yang mendapat 5A dalam UPSR, tetapi di peringkat menengah tidak langsung menyerlah. Produk beginikah yang ingin kita hasilkan?

Saranan saya, (walaupun tidak dibaca oleh pihak yang sepatutnya) penilaian sekolah rendah bermula seawal darjah tiga. Sewaktu darjah satu dan dua, ajar dulu perkara asas dan mudah. Apabila naik darjah tiga, gunakan sistem seumpama di universiti iaitu Purata Nilai Gred. Setiap peperiksaan diambilkira, masukkan sekali markah kokurikulum, sahsiah dan akhlak. Bukan hanya lima mata pelajaran (empat sebenarnya) sahaja.

Oh.. ada guru merungut, beban akan bertambah di sekolah!

Saya rasa tidak. Jika ia penilaian berterusan, segalanya akan teratur dan mudah. Sistem sebegini akan hadir bersama prosedur dan pemantauan. Sebagaimana yang berlaku di peringkat menengah sekarang, ujian lisan dan amali adalah berasaskan sekolah. Setakat ini tiada masalah yang timbul. Jadi jangan bimbang.

Oh.. mungkin guru dan pemilik pusat tuisyen sedang ketakutan kerana bakal kehilangan pelanggan. Mengapa begitu? Murid masih akan ke kelas tuisyen, kerana mereka masih belajar Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Pendekatan sahaja diubah, pelajaran masih berjalan seperti biasa.

Harapan saya besar, agar rakyat Malaysia lebih terbuka dalam menerima perubahan sebegini. Pendidikan yang berorientasikan peperiksaan sangat negatif hasilnya. Apakah kita tidak mengambil iktibar dari kejadian S.Subashini, murid tahun 6 SRK (Tamil) Ladang Simpah membunuh diri kerana gagal mendapat 5A dalam UPSR 2007 yang lalu?

Fikir-fikirkanlah.

Thursday, July 08, 2010

Tentang Piala Dunia

Sejak WC 2002, Germany adalah pasukan kegemaranku. Waktu itu nama Miroslav Klose tiba-tiba menjadi sebutan kerana menjaring gol hatrik sewaktu Germany memenangi perlawanan dengan Saudi Arabia dengan keputusan 8-0. Klose yang baru berusia 24 tahun menjadi penjaring terbanyak kejohanan dan aksinya yang ligat dan pantas sangat aku nanti-nantikan.

Sayangnya, malam tadi Germany ditewaskan oleh Spain 0-1 dalam semi final WC 2010. Kecewa rasanya kerana tidak dapat menyaksikan aksi Germany di pentas final nanti. Hmmm...

Kisahnya, seawal jam 10.30 aku sudah tidur, kerana bercadang untuk bangun jam 2.30 pagi menonton Germany. Menjelang 2.30 pagi, aku terjaga sebaik suamiku menghidupkan televisyen, tetapi mataku kantuk amat! Lalu aku menyambung tidur. Rupanya suamiku juga tidak tahan lama. Katanya aksi perlawanan sangat hambar membuat dia tidak mampu meneruskan tontonan. Jam 3.30 pagi, aku terjaga dan tv sudah dimatikan. Aku teruja untuk mengetahui kedudukan terkini, lalu mengambil SE C902 ku dan melayari internet. Rupanya kedudukan masih 0-0. Huh.. tentu perlawanan tak menarik mana ni. Baik lah aku sambung tidur lagi! Kali ini aku bermimpi, Germany tewas!

Jam 5.40 minit, jam berbunyi. Aku layari internet lagi dan mataku terus segar apabila terkejut dengan keputusan yang aku lihat di skrin telefon bimbitku - Spain 1, Germany 0. Uwaaaaaa!!!! Kesian Mesut Ozilku!!! Tak mengapalah, aku sudah merasa gembira tak terkata sewaktu Germany menewaskan England 4-1 dan menumbangkan pasukan yang paling aku tidak gemari Argentina 4-0. Waktu itu aku ketawa gembira kerana Argentina tewas dengan gol yang besar!

Kenapa aku tak suka Argentina?

Kerana aku benci Maradona. Aku menyaksikan secara 'live' aksi dia menjaringkan gol menggunakan tangan pada WC 1986, ketika menentang England. Waktu itu aku sangat geram kerana dia tidak mengaku menggunakan tangan sebaliknya mendakwa itu 'tangan Tuhan'. Bodoh, bukan? Sebab itu sampai sekarang aku tidak pernah minat dengan Argentina, lebih-lebih lagi apabila Maradona menjadi jurulatihnya.

Nampak gayanya, final kali ini adalah antara dua pasukan yang belum pernah menjuarai Piala Dunia iaitu Netherlands dan Spain. Harapnya kedua-dua pasukan akan memberi persembahan yang menghiburkan dengan jaringan gol yang banyak. Jika boleh, aku mahu Spain menang 3-1. Bolehkah? Tunggu dan lihat!!
Miroslav Klose

Mesut Ozil

Baju Kurung

Sewaktu menghantar Ma dan Zahidah menaiki bas di stesen bas Langgar baru-baru ini, aku sempat membuat pemerhatian terhadap manusia-manusia di sekitarku.

Nyata, kebanyakan wanita Melayu Islam sudah mula melupai kewujudan baju kurung. Hanya makcik-makcik berusia lebih 60 tahun sahaja yang masih setia meladeni baju tradisional itu, selain aku dan Zahidah.

Entah mengapa hati digayut rasa sayu tiba-tiba. Betapa keindahan dan kesopanan baju kurung warisan Melayu yang sangat sesuai dengan syariat Islam itu sudah tidak dihargai lagi. Remaja sekarang lebih senang ber't-shirt' dan jeans, yang melekat erat mendakap setiap aset di tubuh mereka. Bangga sekali mempamer segala keindahan kewanitaan yang ada, tanpa sekelumit rasa malu, apa lagi rasa berdosa!

Alhamdulillah, kami perempuan lima beradik - aku yang paling tua, Aziah, Husna, Ismah dan Zahidah - memilih untuk mengutamakan baju kurung walau di mana kami berada. Kami tidak pasti dari mana perasaan sayangkan baju warisan itu (dan bencikan pakaian penjajah itu) terbit, tapi yang kami tahu ibu dan bapa kami begitu serius mendidik tentang aurat dan malu seorang wanita. Mungkin kami bertuah punya ibu bapa sebegitu.

Aku masih ingat sewaktu usia aku 14 tahun (pada 1986) dan pertama kali menjadi wanita yang akil baligh, arwah ayah memberitahuku, "lepas ni Yati dah tak boleh keluar rumah tanpa tudung lagi. Dah kena tutup aurat."

Pesanan ayah sangat mendalam dan begitu bermakna kerana aku masih ingat sampai sekarang.

Biarlah masa berputar dan fesyen bertukar ganti. Bagi aku hanya baju kurung yang memenuhi cita rasaku. Sesekali aku berfesyen juga, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri baju kurung - longgar dan menutup aurat. Entah mengapa aku tidak selesa dan kekok berkemeja dan berseluar panjang walaupun dalam kondisi yang masih syar'iyyah. Itu bukan jiwa aku, kerana aku Islam dan Melayu!


Wednesday, July 07, 2010

Alhamdulillah - 2

Jam 8.48 pagi, aku menelefon Zahidah. Kedengaran suaranya yang bersisa tawa di hujung talian. Hatiku rasa lapang, berbunga gembira. Rupanya mereka baru sahaja selesai berbicara dengan tuan doktor. Zahidah menyua telefon bimbitnya pada Ismah dan aku sempat berbual-bual dengannya, yang nyata ada nada kelegaan dalam suaranya.

Berbicara pula dengan Ma, dia memberitahu doktor telah membenarkan Ismah pulang hari ini. Alhamdulillah. Kata Ma, bolehlah aku tempah tiket Air Asia untuk penerbangan pulang mereka pada malam esok. Tanpa lengah aku terus menempah melalui talian internet.

Sekarang mereka sedang berehat di Bandar Baru Bangi, rumah bapa saudara kami.

Sesungguhnya, syukurku kepada Allah melimpah ruah.

Alhamdulillah.

Tuesday, July 06, 2010

Alhamdulillah

6.10 pagi - adik Zahidah menghantar mesej memaklumkan dia dan Ma sudah selamat sampai di PPUM.

8.25 pagi - mesej seterusnya diterima, Dah memaklumkan Ismah sudah dibawa ke OT. Sebaik membaca mesej itu, aku terus menelefonnya dan bertanyakan situasi di sana. Rupanya bilik di Anjung Penyayang sudah penuh, maka mereka terpaksa menunggu sehingga ada penghuni yang keluar. Kesian Ma, tentu penat kerana tidak dapat merebahkan badan setelah melalui perjalanan dengan bas malam tadi. Sementara Ismah di dalam bilik OT, Ma dan Zahidah keluar sarapan.

Aku seperti biasa, masuk kelas dan mengajar anak muridku tanpa terganggu, tetapi setiap saat dan detik memerhati telefon bimbit, kalau-kalau ada update terkini. Sahabat Ismah, Nani meminta nombor telefon Zahidah dariku untuk memudahkannya bertanya khabar tentang Ismah. Terima kasih Nani, atas keprihatinanmu itu.

11.14 pagi - rasanya sudah lama Ismah di OT. Tidak sabar menanti, aku sms Zahidah bertanyakan situasi terkini. Sseminit kemudian dia membalas dan memaklumkan Ismah masih belum dibawa keluar. Pak Su Soh dan Sakinah turut sama berada di PPUM ketika itu.

12.33 t/hari - sewaktu sedang minum di kantin, sms dari Zahidah tiba dan kali ini dia memberitahu yang Ismah sudah dibawa keluar dari OT. Alhamdulillah, Dr. Khairul memaklumkan yang semuanya berjalan lancar dan mungkin selepas dua hari, Ismah sudah boleh pulang. Lega rasanya mendengar berita ini, pun aku masih terus berdoa agar Ismah cepat pulih.


Bas no 117 Transnasional

Malam tadi, sebaik selepas solat maghrib, aku dan suami bersiap-siap untuk ke rumah ma. Ma dan Dah akan ke KL menaiki bas transnasional trip no 117 di stesen bas transnasional di Langgar, Kota Bharu. Bas dijadualkan bertolak pada jam 9.00 malam.

Kami tiba di rumah ma sekitar jam lapan. Ma dan Dah sudah pun bersiap dan bersedia untuk turun. Jam 8.11 minit kami pun bertolak ke stesen bas dan tiba di sana pada jam 8.32. Sementara menunggu bas tiba, Ma dan Dah bersolat isya' di surau dahulu.

Jam 9.00 malam, bas masih belum sampai. Kami sabar menunggu. Mungkin tak lama agaknya. Kebetulan seorang jiran ma yang juga ibu kepada kawan Dah ada di situ maka dapatlah ma bersembang dengannya sementara bas tiba.

Jam 9.30 malam, bas masih tidak menampakkan kelibatnya. Aku sudah rasa tidak senang hati. Bukan apa, kelewatan sebegini sangat menyusahkan penumpang. Aku ke kaunter untuk bertanya, dan jawapannya bas sedang dalam perjalanan dari bengkel di Kubang Kerian. Hmmm...

Jika dihitung, dari Kubang Kerian ke Langgar tidak sampai 10 minit. Tetapi hingga jam 10 malam belum sampai-sampai lagi. Panas juga hati aku. Satu demi satu bas yang masuk aku tatap dengan harapan ia bas bernombor 117, tetapi hampa. Teruk benar pengurusan transnasional ni. Ma sudah lenguh-lenguh duduk di bangku yang tiada tempat menyandar itu.

Akhirnya, 10.10 malam barulah kelihatan bas tersebut masuk ke perkarangan stesen bas. Sejam lebih ia lewat!

Seorang penumpang wanita bertanya pada pemandu bas yang aku agak sudah berusia 50-an, "Pakcik, kenapa bas lambat?". Dengan nada acuh tak acuh, pemandu itu menjawab, "Kita tahu ke nak mati bila?"

Astaghfirullahalazim!! Pemandu itu kelihatan seperti orang baik-baik, berkopiah dan berjanggut tetapi nada jawapannya seperti budak tak sekolah! Sepatutnya, jika kita sudah lambat dan sudah menyusahkan ramai orang, retilah sikit untuk meminta maaf. Apa salahnya menjawab dengan nada yang lebih sopan dan ayat yang lebih beradab. Budi bahasa kan budaya kita?

Suami saya menggeleng-geleng kepala menyaksikan reaksi pemandu itu, dan berkata, "Cukuplah, lainkali tak payah ambil tiket transnasional lagi. Banyak lagi bas lain yang lebih tepat masanya...!!"

Monday, July 05, 2010


Find more videos like this on xkt.org

Open Your Eyes

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Open Your Eyes, 4.7 out of 5 based on 147 ratings

Sunday, July 04, 2010

Dah Julai rupanya ya...

Apa? Dah masuk bulan Julai 2010 dah? Maknanya dah setahun umur blog ku ini...

Huh! Lamanya aku tak menulis. Sungguh aku tak tau kenapa. Bukan tak ada idea, tapi mungkin sindrom malas sudah melanda. Memang hakikatnya, aku malas!!

Banyak perkara yang berlaku sepanjang aku menyepikan diri, terutamanya tentang kondisi Ismah sekarang. Rawatan susulan coilingnya akan dijalankan pada 6hb Julai nanti. Semoga Ismah tenang dan tabah menghadapi liku-liku perjalanan hidup, yang pasti terselit sejuta hikmah yang hanya Dia tahu.

Malam esok, emak dan Zahidah akan bertolak ke KL dengan bas transnasional di stesen bas Langgar, Kota Bharu untuk menemani Ismah di PPUM. Apalah dayaku yang ada, aku sebenarnya ingin sekali ke sana membantu apa yang boleh tetapi situasi sungguh tidak mengizinkan. Cuti rehat khas aku hanya tinggal empat hari sahaja lagi, dan terpaksa aku simpan untuk kursus haji intensif (2 hari) dan persediaan sebelum ke Tanah Suci (2 hari). Ikutkan hati, aku boleh saja bercuti tanpa gaji untuk ke KL, tetapi entah mengapa aku tidak berani bersuara...

Adikku Ismah, walaupun aku tidak dekat denganmu, aku tak pernah lupa mendoakan keselamatanmu dan kemudahan dalam segala urusanmu. Tabahkan hati, tenangkan jiwa. Aku tahu sangatlah, engkau memang jenis selamba. Relaks sokmo!! Keep it up dear...! Insya Allah, semuanya akan berjalan lancar dan Dr. Khairul akan cuba memberi yang terbaik untukmu. Errr, kirim salam kat dia boleh tak? Eheee...

Untuk Zahidahku yang manja dan comel, terima kasih kerana sudi temankan ma ke KL. Kak ti percaya Dah seorang yang boleh diharap dan mampu menjadi 'penyampai berita' buat Kak ti nanti. Jangan lupa update every hour deh!! Pasal kredit jangan bimbang, Kak ti rela top up bila-bila masa jua!

Buat adik beradikku yang lain, jika ada ruang dan peluang, turunlah ke KL untuk membantu apa yang terdaya. Jika tidak mampu, panjatkan doa dan solat hajat semoga segala perancangan kita ini direstui dan diberkati Allah dan semoga Ismah kembali pulih dan sembuh seperti sediakala, dan akan terus menyerikan hidup kita dengan tawa dan usikannya.....

Mah, bravo!!!!