Madinah
Satu Catatan Rasa
Sungguh. Hairan dan keliru. Tidak tercapai akalku kenapa perlu bersesak-sesak dan berebut-rebut. Pahala apa begitu?
Kami dibawa ke raudhah pada jam 9 malam oleh mutawwifah Indonesia. Suasana padat dan bersesak-sesak amat tidak terkawal walaupun ada petugas-petugas wanita yang membantu mengawal keadaan. Kasihan mereka menjerit-jerit dalam pelbagai bahasa - sekejap melayu, sekejap urdu, sekejap turki - tetapi tidak dihiraukan.
Berjam-jam kami menunggu untuk masuk ke raudhah yang sepatutnya mengikut giliran tetapi ada sahaja yang suka suka memotong, bertolak-tolak dan berebut-rebut. Ada yang jatuh, dibiarkan. Ada yang solat lama-lama dan menghalang laluan jemaah yang mahu keluar. Saya yang sempat berdiri sebentar di kawasan raudhah itu, terus mencari jalan keluar kerana tidak mampu menggapai kekhusyukan untuk berdoa. Amat hingar. Bising sekali.
Sistem bagaimanakah lagi yang boleh dilaksanakan jika disiplin umat Islam sudah jatuh ke nombor sejuta?
Pada hari terakhir di Madinah, kakak ipar saya mengajak sekali lagi ke Raudhah. Saya memohon maaf untuk tidak ke sana, kerana kesesakan yang keterlaluan itu tidak mendamaikan hati saya untuk bertemu Rasulullah.
Begitulah.
Dari catatan Ustaz Rifqi
Air mataku menitis bersebelahan Raudhah.
Sejak ku sampai ke madinah, aku ingin aekali berdoa di Raudhah. Bila daku pergi shj ke Raudhah terlalu ramai yg berpusu2, tolak menolak utk memasuki Raudhah.
Aku batalkan niatku. Namun, hampir setiap hari anakku Amin Rifqi mendesakku utk memasuki Raudhah. Katanya dia ingin berdoa di Taman Syurga.
Ok lah, di hari terakhir di Madinah, aku membawa anakku ke Raudhah sejam sblm Zuhur. Menunggu bersama jemaah lain. Bila dibuka shj tirai penghadang, semua bertolak2 utk memasukinya. Hatiku berdetik, malunya kpd Rasulullah. Stlh solat di Raudhah, aku ajak ankku keluar utk beri peluang kpd org lain.
Sbb aku berada di saf terakhir Raudhah, senanglah aku isyaratkan kpd org blkgku utk ambil tmptku. Dia terkejut krn menyangka aku akan terus di situ krn Zuhur dah hampir. Aku pula berfikir, lebih baik utkku solat di luar raudhah krn lbh selesa rukuk dan sujud.
Stlh aku solat Zuhur, aku bangun utk jamakkan dgn asar berjemaah bersama anakku. Sdg kami solat, ramai jemaah yg bangun menolakku dan mennganggu silatku, krn bergegas nak ke Raudhah. Ditolaknya aku sampai mengganggu solatku. Kali ni airmataku gugur. Hatiku berdetik YA RASULALLAH. Inilah umatmu. Umatmu yg tandus akhlak, yg ganggu org solat, yg tak de ithar yg sanggup buat perkara buruk ini di sebelah maqammu. Ya Rasulallah maafkanlah umatmu, mrk jahil menilai keutamaan.
Selesai solat, aku tanya anakku, tahukah kenapa Baba tak nak masuk Raudhah? Anakku kehairanan.
Sbbnya Baba malu kpd Rasulullah krn mementingkan diri sendiri, bertolak2 di hadapan baginda. Bygkan jika baginda ada di dpn kita saat bertolak2 itu, adakah baginda akan senyum kpd kita atau baginda alan masam?
Anakku, kalau benar nak berada di Raudhah, hadirilah majlis ilmu di masjid.
No comments:
Post a Comment