Thursday, December 21, 2023

Cerita Cuti Sekolah

Hari ini sudah seminggu kami bercuti, Alhamdulillah. Seronok juga bila dapat cuti panjang macam ni, walaupun taklah panjang sangat - 18 hari sahaja - tetapi rasa lega dan selesa sekali.

Apa tidaknya, bangun pagi dah tak gaduh nak siap-siap ke sekolah. Boleh saja solat Subuh lama-lama (eh, dua rakaat je kan?) dan tergolek atas katil dengan telekung belum buka sambil baca Quran. Heaven! Apatah lagi bila di rumah sendiri seperti tiga hari ini.

Yalah, sejak mek sakit memang jarang-jarang benar saya dapat tidur di rumah. Hanya apabila adik ipar saya Hafizah balik bercuti barulah saya boleh bermalam dengan gembiranya di rumah sendiri. Rasanya sejak mek sakit pada 4 September lalu, saya berpeluang tidur di rumah baru empat kali. Kali pertama Hafizah balik pada pertengahan September, kami masih tidur di rumah mek kerana mek masih lemah waktu itu. 

Begitulah. Saya tidak kisah pun, apalagi merungut. Saya terima dengan reda segala ketetapan Tuhan dan memandang semuanya dari sudut positif.

Lagi pun, mek dah semakin sihat. Dua hari lepas kami panggil fisioterapis datang tengok mek. Dia minta kami bawa mek x-ray dahulu untuk melihat keadaan tulang mek yang patah itu, barulah dia akan mulakan fisioterapi. 

Apa pun ujian Allah, hikmah yang ada itulah yang kami syukuri selalu. Semoga mek akan sembuh jua, dan boleh kembali mengurus diri sendiri dengan baik. Amin.

No comments:

Post a Comment