Dalam situasi seorang saya, saya hanya memiliki satu perlindungan takaful bernilai RM130 sebulan dan akan tamat pada 2033 nanti. Selama mencarum dalam plan takaful ini, saya sudah beberapa kali membuat tuntutan elaun hospital (RM100 sehari) apabila saya masuk wad. Alhamdulillah urusannya mudah dan pembayarannya cepat.
Selain itu saya cuma menabung. Itulah jalan terbaik pada saya untuk memiliki rasa yakin dan mampu. Selama-lamanya saya hanya mempercayai konsep menabung. Usahlah ditawarkan plan-plan kewangan lain untuk menjana wang (Atomy, Quantum Metal, Forex, Bitcoin dan sebagainya) kepada saya, dengan mudah saya akan menolak. Menabung pada saya sudah mencukupi kerana ia selamat tanpa risiko. Yang penting, disiplin.
Selepas 25 tahun bekerja, saya rasa tanpa medical card pun saya mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan membayar sendiri. Bukanlah saya bermegah dengan wang yang ada, tetapi saya nampak menabung itu ada hasilnya.
Saya hanya guru biasa, bergaji seperti guru-guru lain juga tetapi setiap bulan saya akan asingkan wang gaji saya untuk menabung. Pilihan saya ialah TH kerana ia menawarkan dividen yang kompetetif walaupun beberapa tahun ini kadarnya menjadi semakin rendah.
Kini saya sedang menikmati hasil tabungan saya dengan jayanya. Alhamdulillah. Semoga Allah reda.
No comments:
Post a Comment