Sungguh saya suka rasa yang begini. Ia tenang dan nyaman. Semoga ia hanya begini, tanpa musibah melanda yang menakutkan semua.
Cuti sekolah pula bermula lewat tahun ini. Hanya dua minggu sahaja tempohnya, atau setepatnya lapan belas hari berbanding dua puluh tiga hari pada sesi lepas. Tidak mengapa, ia sudah mencukupi buat saya. Apatah lagi saya tidak perlu berkelas tambahan kerana tidak mengajar tingkatan lima, maka ia memberi lebih ruang untuk saya melayan diri sendiri. Alhamdulillah.
Apa pun yang tertulis, segalanya adalah untuk disyukuri. Tiada satu pun kurnia Tuhan yang sia-sia. Segalanya tersirat hikmah dan iktibar. Doa saya untuk semua, agar jalanan hidup kita dalam reda-Nya selalu. Amin.
Selamat bercuti.
No comments:
Post a Comment