Wednesday, December 06, 2023

Musim Hujan

Sudah hampir tiga minggu hujan turun di tempat saya setiap hari, dari pagi ke malam. Sehari dua ini barulah ada matahari sekejap sekejap. Ramai yang merungut tentang masalah kain tidak kering di ampaian. Kawan-kawan di sekolah saya mula bertanya tentang dryer.

Saya sudah memiliki dryer sejak setahun lalu, jadi mereka menjadikan saya tempat rujukan. Baiklah, dari pencarian saya, begini maklumat tentang dryer.

Ada tiga jenis dryer yang ada di pasaran.
Pertama, "vented type dryer". Ini yang paling murah tetapi perlu ada lubang di dinding untuk keluarkan angin. Jika tidak, sekitar tempat letak dryer akan menjadi panas. Jenis ini juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Kenaikan bil dalam RM50.
 
Yang kedua, "condenser type dryer". Harga lebih mahal daripada jenis pertama tetapi masih mampu milik. Jenis ini tidak perlu ada lubang dinding tetapi setiap kali selesai guna kena buang air dalam tangki. Kenaikan bulanan tak sampai RM30 walaupun penggunaan setiap hari.

Jenis ketiga ialah "heat pump dryer". Ini adalah yang terbaik dan harganya macam alah membeli menang memakai. Harganya mahal tetapi paling jimat elektrik. Perbezaannya dengan jenis condenser adalah dari segi teknik pemanasan. Masih juga kena buang air dalam tangki setiap kali guna. Bil bulanan pun jauh lebih murah dari vented dan condenser.

Saya menggunakan dryer jenis heat pump Samsung. Setakat ini saya berpuas hati dan bil elektrik seperti tiada perubahan pun. Sikit sangat kenaikannya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment