Pada Oktober lalu, beberapa hari sebelum saya hadir ke majlis APC, tiba-tiba bahagian hujung kelopak mata kanan saya terasa sakit dan berdenyut. Saya dapat menjangka ketumbit bakal berlaku di situ. Daripada pengalaman saya sebelum ini begitulah adanya.
Dan benarlah, ia membesar dan menyakitkan. Hadirnya saya ke majlis APC bertemankan ketumbit di mata. Aduhai!
Alhamdulillah ia sembuh, tapi entah mengapa bengkaknya kekal sampai sekarang. Tak apalah, asalkan tidak sakit lagi.
Dua minggu lepas, bahagian hujung kelopak mata kiri saya pula sakit berdenyut. Ah, ketumbit lagi ni! Saya mencari maklumat di Google untuk merawatnya sendiri. Katanya, tuam dengan benda panas. Saya masukkan air panas dalam bekas dan tuam pada mata saya,berkali-kali pada malam itu. Esoknya, ketumbit tidak jadi naik. Sembuh sudah. Alhamdulillah.
Rupanya, masih belum mahu lagi ketumbit itu hilang sepenuhnya. Rabu lepas, bahagian tengah kelopak mata kiri saya pula berdenyut. Saya biarkan dulu, esoklah saya tuam. Dan Khamis itu ia semakin sakit. Saya pun tuamlah seperti hari tu. Jumaat masih sakit, saya tuam lagi.
Hari ini, Sabtu, sakit sudah berkurangan tetapi bengkak belum surut. Semoga esok sembuhlah ia, kerana Selasa nanti sekolah sudah dibuka. Janganlah mata ketumbit saya terbawa ke sekolah pula. Tak cantik!
No comments:
Post a Comment