Thursday, February 07, 2013

Lapan!

Terkejut juga, pun syukur alhamdulillah.

Saya tidak menjangka yang Tabung Haji bakal memberi pulangan sebanyak lapan peratus kepada penyimpan-penyimpannya bagi tahun 2012. Memang saya dapat rasakan pulangannya akan melebihi tahun 2011 (enam peratus) tetapi jangkaan saya mungkin sehingga tujuh peratus sahaja. Rupa-rupanya Tabung Haji sangat kompetitif, dan pulangannya hampir menyamai kumpulan pelaburan lain. 

Ini bermakna, secara hakikatnya kami menerima 10.5 peratus untuk tahun 2012, yang mana 2.5 peratus lagi dibayar dalam bentuk zakat perniagaan.

Untung, bukan?

Tindakan saya untuk tidak mengeluarkan simpanan Tabung Haji bagi membeli Pajero beberapa bulan lalu rupanya sangat berbaloi-baloi. Saya rela meminjam di Bank Rakyat dan membayar balik secara ansuran bulanan selama tujuh tahun kerana saya yakin, dividen Tabung Haji tahun 2012 lebih besar daripada kadar keuntungan yang diambil oleh Bank Rakyat. Dan sungguh benarlah, kadar Bank Rakyat cuma 4.88%, tetapi Tabung Haji memberi sehingga 8%. Ada juga ketika-ketikanya, meminjam itu lebih menguntungkan!

Saya mendoakan agar Tabung Haji akan terus bersaing dengan sihat di persada perbankan dan pelaburan di Malaysia kerana ia menjadi lambang keberkesanan sistem pelaburan Islam.

No comments:

Post a Comment