"1972, oh.. saya lahir pada tahun tikus!"
"Tapi, pada 1972, tahun baru cina bermula bulan Februari. Awakkan lahir bulan Januari. Maknanya, awak lahir pada tahun babi!"
Hah? Tahun apa? Ba....bi??
Tidaaaaakkk!!
Taboo benar nama binatang khinzir ini dalam masyarakat Melayu, kan? Seolah-olah ia sesuatu yang tidak layak hidup di dunia. Sedangkan, Allah jualah yang menciptanya. Allah tidak pernah menyuruh kita menghinanya, sekadar mengharamkan kita memakannya. Menyentuhnya? Tidak haram, cuma perlu disucikan sebetulnya kerana ia najis mughollazah.
Pun, hanya dalam masyarakat Melayu sahaja haiwan ini diperlaku sedemikian rupa. Orang Cina memilihnya untuk mewakili salah satu daripada tahun-tahun dalam kalendar mereka yang berputar dua belas tahun sekali. Tiada rasa kehinaan pun. Sama sahaja dengan ayam, ular, monyet, kuda, arnab dan lain-lain.
Teringin juga saya untuk mengetahui kenapa babi sangat dibenci oleh orang kita.
Ini tahun kelahiran keluarga saya.
Ayah - Tahun Monyet
Ma - Tahun Naga
Abang Pi - Tahun Anjing
Saya - Tahun Babi
Aziah - Tahun Harimau
Iki - Tahun Naga
Mat - Tahun Kambing
Una - Tahun Ayam
Ismah - Tahun Arnab
Zahidah - Tahun Kuda
Apa pun, selamat tahun baru cina.
(新年好)
Tahun ini tahun ular. Saya lebih takut ular daripada babi...
(新年好)
Tahun ini tahun ular. Saya lebih takut ular daripada babi...
No comments:
Post a Comment