Benarlah berpuasa pada hari cuti begini, letihnya tidak tapi bosannya ketara. Apatah lagi dari pagi saya cuma sendiri-sendiri. Pun sebenarnya saya tidak apa-apa, kerana sendirian pada saya adalah nikmat terhebat. Cuma saya tidak boleh makan, itu sahaja.
Suami saya sarapan dan makan tengah hari di kedai. Memang dia amat memahami dan memberi ruang saya meneruskan puasa saya tanpa perlu memasak untuknya. Terima kasih sayang!
Hari sudah pun menuju ke tengah, saya mula memikir menu untuk berbuka nanti. Tentunya saya perlu mengenalpasti dahulu apa yang ada di dalam peti ais saya.
Ada udang, ada ikan tenggiri, ada ikan cencaru dan ada puyuh. Sayur pula ada kangkung dan sawi.
Rasanya saya mahu masak kari ikan tenggiri kegemaran saya, puyuh goreng kegemaran suami saya dan kangkung goreng kegemaran kami berdua.
Alhamdulillah, idea sudah ada. Selepas Asar nanti saya akan perlahan-lahan masuk dapur demi menu yang saya idamkan itu. Harap-harap menjadi. In shaa Allah.
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.
No comments:
Post a Comment