Saturday, April 28, 2018

Puasa

Sudah 12 Syaaban hari ini, tak berapa hari sahaja lagi Ramadan akan menghadirkan dirinya untuk kita. Semoga saat itu kita masih bernyawa untuk memanfaatkan peluang anugerah Allah ini.

Tahun lalu, saya uzur cuma lima hari. Seharusnya dalam Syawal saya sudah selesai menggantikan lima hari itu, dan bersambung dengan sunat enam hari. Tetapi kenyataan yang harus saya akui ialah ia sangat sukar.

Puasa ialah ibadah yang memerlukan disiplin dan kekuatan mental. Dengan pelbagai godaan kehidupan, berpuasa di luar bulan Ramadan pada saya sungguh mencabar. Hari ini, saya masih berpuasa ganti, dan Alhamdulillah ini yang kelima dan terakhir bagi menggantikan keciciran lima hari itu. Selalu pun begitulah. Setiap tahun gantian puasa saya hanya akan selesai pada bulan Syaaban. Pada hal setiap tahun juga saya berazam untuk menggantikan puasa saya dalam bulan Syawal. Sukar benar rupanya!

Syukur walaupun sukar, saya tidak pernah terbabas dalam bab ini. Selama 46 tahun usia saya, paling banyak saya perlu menggantikan puasa ialah 13 hari dan ia selesai juga dalam tempoh sebelas bulan.

Selamat datang Ramadan yang dirindui. Semoga kami mampu memanfaatkanmu sepenuhnya.

Amin.



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

Post a Comment