SAYA TIDAK SAKIT : PERLUKAH AMBIL SUPLEMEN DAN VITAMIN ?
Saya telah menulis panjang lebar mengenai isu ini di dalam blog dan laman web faktasains (rujukan di bawah).Kali ini saya terpanggil utk menulis secara ringkas berdasarkan kepada semakan jurnal yg saya lakukan dan pembentangan yg dibuat oleh Prof.Dr Jeffrey Tice, Pakar perubatan dan Pensyarah di University of California USA (Tajuk: Vitamins and Supplements: An Evidence based Approach). Fakta-fakta ini berdasarkan kajian-kajian yang besar dan berkualiti tinggi (senarai kajian boleh diperolehi daripada rencana panjang yang saya tulis).
Berikut adalah kesimpulan yg boleh saya buat berkenaan dengan pengambilan vitamin dan suplemen oleh individu yg tidak menghidap sebarang penyakit.
1. Ramai individu yg mengamalkan pengambilan vitamin suplemen. Hampir 60% rakyat Amerika mengambilnya.
2. Perniagaan yg berkaitan dgn suplemen vitamin sgt menguntungkan sehingga rakyat Amerika membelanjakan USD35 billion dollar setiap tahun utk membeli suplemen.
3. Khasiat vitamin yg dihasilkan dlm bentuk pil/kapsul adalah berbeza berbanding dgn sumber asal vitamin itu (buah/sayur). Contohnya pil vitamin C berbanding dengan buah limau. Buah limau bukan sahaja mengandungi vitamin C tetapi juga lain2 vitamin, mineral, air dan serat. Jadi manfaat buah limau lebih banyak daripada pil Vit C. Vitamin C juga terdapat di dlm lain2 makanan dan buah2an seperti kobis, kentang, anggur dan lain2. Pil vitamin C dan lain-lain vitamin hanya mengandungi vitamin itu sahaja dan perlu menjalani proses kimia utk menjadi pil melibatkan penggunaan pemampat, pewarna, pengawet. Situasi ini sama juga dgn vitamin2 yg lain.
4. Suplemen vitamin diperlukan hanya jika individu itu benar2 kekurangan vitamin yg berkenaan (disahkan melalui ujian darah ataupun terdapat tanda2 kekurangan vitamin). Ini hanya benar dlm kes2 kekurangan makanan yg serius dan kebuluran. Jika seseorang mengambil makanan dlm kuantiti yg mencukupi, tidak ada isu kekurangan vitamin dan mineral. Malahan, di Malaysia isu mengambil makanan berlebihan dan obesiti merupakan masalah yg lebih besar dan utama.
5. Kajian2 besar yg dilakukan ke atas orang ramai (kebanyakannya org yg tidak berpenyakit) yg mengamalkan pengambilan vitamin dan suplemen (karoten,vit A, vit C, vit E, omega 3) menunjukkan TIDAK ADA apa2 manfaat dari segi kadar penyakit jantung, kanser dan jangkahayat. Malahan golongan yg mengambil karoten, vitamin A, vitamin C dan E didapati mempunyai RISIKO KEMATIAN YANG LEBIH TINGGI berbanding dgn yg tidak ambil suplemen. Pengambilan suplemen vit D juga menunjukkan kecenderungan yg sama.
6. Pengambilan suplemen antioksidan sewenang2nya berpotensi memudaratkan badan kerana radikal bebas yang terdapat di dalam badan manusia ada manfaatnya iaitu menghapuskan sel-sel yang tidak sihat dan tidak normal. Perlu ada keseimbangan di antara antioksidan dan radikal bebas di dalam badan. Inilah sebabnya kajian tentang pengambilan suplemen antioksidan tidak pernah menunjukkan sebarang manfaat. Baca rencana tulisan saya tentang suplement antioksidan.
7. Di dalam banyak2 kajian besar berkaitan dgn manfaat mengambil suplemen vitamin dan mineral, HANYA EMPAT suplemen sahaja yg bermanfaat kpd manusia yang tidak sakit iaitu:
a. Asid Folik (Folate) oleh wanita sebelum hamil dan ketika hamil utk mengurangkan risiko anak mengalami kecacatan neural tube defect.
b. Vit D dan Kalsium oleh golongan tua dan menopaus yg berisiko mengalami kepatahan tulang. Manfaat hanya tertumpu kpd golongan yg disebut dan dgn dos tertentu.
c. Vit D untuk orang yang sangat sedikit ataupun tidak terdedah kepada cahaya matahari. Boleh juga mengambil vitamin D dari sumber makanan. Jadi suplemen vit D tidak mandatori.
d. Vit B12 untuk individu yang tidak langsung mengambil produk haiwan yakni vegetarian sepenuhnya. Bukti tidak sekukuh di (a) dan (b).
8. Kesimpulannya, amalan pengambilan vitamin dan suplemen oleh individu yg sihat (selain daripada yang dinyatakan di atas) bukan sahaja TIDAK ADA BUKTI KUKUH YG IANYA BERMANFAAT tetapi berpotensi membawa kemudaratan termasuk risiko kematian yg lebih tinggi. Jadi Pengamal Perubatan yg tidak ada kepentingan ("conflict of interest") TIDAK akan mengesyorkan/menggalakkan pengambilan suplemen dan vitamin kpd org ramai, jika mereka membuat rujukan dan mengetahui fakta2 daripada hasil kajian saintifik.
9. Amalan terbaik yang sepatutnya diamalkan adalah ambil makanan dan buah2an sebenar (bukan pil/kapsul/jus suplement), ambil dlm kuantiti yg sederhana, banyakkan makanan bersumberkan sayur/tumbuhan dan ikan sebagai sumber protin. Telur adalah makanan yg cukup lengkap. Lakukan senaman yg tetap dan jauhi rokok serta alkohol.
Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
No comments:
Post a Comment