Sekarang ini era STEM. Semuanya berkaitan STEM sehingga KBAT macam dah tak hot lagi. STEM pun akan sejuk juga, begitu kita melihat pendidikan.
Ini pengamatan aku dari luar pagar sekolah, tentang KBAT.
1. KBAT memerlukan PREKNOWLEDGE yang cukup. Jangan mimpi murid-murid mampu menganalisis, berfikiran kritis dan lain-lain termasuk membuat comparison misalnya kalau hanya tahu celup-celup sahaja. Apatah lagi tahu tapi tak faham, atau langsung tak tahu!
2. KBAT terlebih dahulu adalah untuk policy makers dan expert. Guru menyediakan persekitaran yg membolehkan murid menguasai A..B..C.. sebelum dipertingkatkan ke D..E..F dan seterusnya menguasai yang kompleks dan complicated.
3. Pengetahuan diperingkat sekolah terutama sekolah rendah sangat structured, saya ulang STRUCTURED. Tak payahlah sengaja nak belit-belit bagi susah then kata itulah KBAT.
4. KBAT adalah proses berfikir dan semakin murid menguasai asas dan semakin meningkat kompleks serta complicated bahan yg diajar maka dengan sendirinya murid membina KBAT sebab di peringkat lebih tinggi subjek dah mula applied dengan masalah yang makin realistik, bukan dengan menjawab soalan KBAT.
5. Satu salah faham yang amat ketara tentang KBAT sehingga apa yang dulunya cuba dipermudahkan kini dibelit-belit atas nama KBAT. Maka berseminar, berkonferens dan melawatlah keserata dunia untuk menjadikan pendidikan kita pendidikan KBAT. Semua pun tahu Einstein kata benda mudah jangan pula disusahkan, apatah lagi bendah yang susah.
6. Bila murid makin keliru dan celaru, disuarakan pula cara mengajar dgn pelbagai nama. Inkuiri, SCL, PBL, hands-on dan nak bagi canggih diletakkan pedagogi abad 21 dan lain-lain yang dah wujud sejak Bloom mula perkenalkan taxonomy nya tahun 1950/60an.
7. Niat utk mlatih murid berfikir... dgn soalan2 KBAT akhirnya membawa kpd kesulitan sehingga terpaksa diajar utk tackle soalan2 KBAT... terbitlah buku2 dgn soalan2 KBAT...tip2 jawab soalan KBAT... seminar KBAT... dipanggil 'pakar' KBAT yg tak pernah mengajar wpun sekolah rendah.
8. Semua pihak dah mula terasa murid tak menguasai KBAT...
9. Back to basic jer...
10. Sekadar contoh.... Seorang suri rumah yg hanya blaja takat SPM GRED 3.. yg berminat menanam orkid mula menguasai pengetahuan tentang orkid dari yg asas hingga yg advanced secara self learning malah dpt mbuat analysis kesesuaian pelbagai orkid... hasilkan inovasi dalam menanam orkid dan mbuat hibrid tanpa perlu masuk uni dan menjawab soalan KBAT Tahun 1 ... 'Tumbuh2an manakah yg ada batang tapi tidak ada kayu... '
(Salin, tampal dan edit dari FB Dr. Othman Talib)
No comments:
Post a Comment