Benar begitu, kerana tekanan yang mereka rasai bukan sedikit. Persekitaran seperti tidak mesra dan begitu kejam dengan menjadikan harapan umpama bebanan. Entah kenapa sehebat itu persaingan dalam pendidikan di sini. Entah bila akan berakhir, Tuhan jua Maha Tahu.
Pad hal, pendidikan bukan melihat siapa yang di atas atau siapa yang di bawah - siapa berjaya mengumpul sedozen A itu cemerlang dan menang, manakala yang tiada A itu kalah dan gagal. Pendidikan yang sebenarnya ialah ruang dan peluang untuk memilih hala tuju pada masa hadapan.
Ah! Siapa peduli?
Tekan mereka agar akademik hebat, barulah ibu bapa boleh berbangga. Asak mereka agar tidak membuat perkara lain selain belajar siang malam, barulah boleh pecah rekod negara.
Kasihan, bukan?
Semoga dengan merdeka mereka pada hari ini, akan memberi ruang untuk mengenal diri sendiri. Tanpa sebarang tekanan, terokalah alam dan persekitaran sebebas-bebasnya agar minda lebih terarah dan fikiran lebih berfungsi.
No comments:
Post a Comment