Tetapi jangan sangka kami tidak bekerja. Arahan yang pelbagai sentiasa ada daripada pihak pentadbir kami. Bagi memastikan kami tidak berehat sesuka hati, kami diminta menghantar juga Rancangan Persediaan Mengajar setiap minggu dengan mencatat latihan yang kami beri kepada murid kami.
Juga, kami diarah mengikuti kursus secara dalam talian melalui Youtube. Kursus selama dua ke tiga jam kami hadap di rumah, dan mesti lulus ujian yang diberi bagi melayakkan kami menerima sijil.
Kami patuh, demi memastikan gaji kami berkat.
Dua kursus saya dan suami hadap iaitu Google Classroom for Beginners pada 27 April dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dan Google Calendar/Keep/Task pada 29 April, juga selama tiga jam dari 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Kedua-duanya disampaikan oleh Puan Aidaliza Azmi, dan sungguh memberi manfaat jika mahu dimanfaatkan.
Sekurang-kurangnya, kami tetap meneruskan tugas walaupun di rumah. Semoga Allah reda.
No comments:
Post a Comment