Sekarang ubat yang dibeli pun sudah hampir habis. Suka atau tidak, saya perlu ke HRPZ juga, takkan mahu korbankan beratus ringgit lagi hanya kerana takut ke hospital? Lagi pun pesakit COVID-19 si Kelantan sudah sifar, kuranglah sedikit rasa seram saya ini.
Jam 9.00 pagi kami turun, dan menempuh dua sekatan jalan raya. Satu di Bunut Payung dan satu lagi di pintu masuk hospital. Kenderaan kelihatan sudah meriah di jalan raya, harap-harap untuk tujuan penting sahajalah yang keluar itu. Jika tiada apa-apa urusan, duduklah di rumah ya!
Di pintu masuk bangunan hospital, saya diberi sanitizer dan diambil suhu badan. Orang tidaklah ramai, saya rasa lega. Saya menuju ke kaunter farmasi, jururawat bertugas melihat slip ubat saya dan katanya sudah luput tarikh. Saya perlu ke tingkat empat untuk mendapatkan slip baru dan tarikh temujanji. Tidak lama pun urusan itu, semuanya berjalan lancar dan saya diberi tarikh temujanji pada 26 Oktober nanti. Lama lagi. Harap-harap saya sudah sembuh waktu itu.
Jam 9.44 urusan selesai dan kami pulang ke rumah. Perjalanan sangatlah santai dan kami selamat tiba pada jam 10.10 pagi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment