Friday, April 10, 2020

Main-main Masak

Sepanjang PKP ini tidak dinafikan masa yang ada sangat banyak. Seperti tidak logik lah pula masa itu hanya untuk diisi dengan tidur dan rehat. Bukankah ada banyak aktiviti bermanfaat boleh dilakukan?

Saya pun mencubalah untuk merajinkan diri ke dapur. Manalah tahu kalau-kalau selepas PKP ini saya tiba-tiba jadi suka memasak pula, kan?

Dari lauk pauk hinggalah ke kuih muih saya mengeksperimen. Sebelum ini saya tidak pernah memasak ayam percik, ikan goreng halia dan kuih cucur tetapi kali ini saya mencuba. Kuih sekaya pernahlah sekali dua saya buat, tetapi entah tahun bila hingga lupa resipinya.

Untungnya zaman ini, kita ada Google dan Youtube. Terdetik sahaja menu di kepala, terus jari menaip di telefon. Sungguh mudah bukan?

Walaupun ada yang tidak menjadi seperti yang sepatutnya, sekurang-kurangnya masakan itu masih boleh saya makan. Suami pun tidaklah terlalu mengulas masakan saya kali ini mungkin kerana mahu menjaga hati isteri.

Apa pun, saya masih tidak mampu menjadikan memasak itu suatu hobi. Ia sungguh memenatkan dan menekan perasaan!

No comments:

Post a Comment