Setakat ini, saya baru keluar empat kali. Sekarang ini saya baru selesai berurusan di HUSM untuk ubat Provera saya. Ada sedikit masalah, tetapi tidaklah sebesar mana dan saya mampu selesaikan dengan bantuan misi-misi yang baik hati.
Suami saya singgah sebentar di bank Muamalat untuk urusan akaunnya yang tiba-tiba tidak aktif. Saya cuma menunggu di dalam kereta
Sepanjang perjalanan kami tadi, tiada sekatan jalan raya pun. Alhamdulillah. Harap-harap selepas ini pun lancar begini juga.
Pagi tadi saya sakit perut. Sakit gila! Memulas seperti nak beranak (?) hampir dua jam! Mujurlah akhirnya terburai juga isi perut dan Alhamdulillah, sudah tidak sakit lagi.
Bila sakit begitu, saya selalu doa janganlah orang-orang yang saya sayang Allah bagi rasa sakit yang macam ni. Cukuplah saya seorang. Sakit ini sakit sangat! Tolong pelihara semua insan-insan kesayangan saya ya Allah daripada sakit yang teruk.
PKP masih belum tamat, dan saya masih rasa mampu meneruskannya. Semoga Allah menghentikan segala jangkitan COVID19 ini dari terus bermaharajalela dan mengembalikan kehidupan yang normal kepada kami. Amin.
No comments:
Post a Comment