Tetapi setiap hari ada sahaja yang perlu kami lakukan. Selain berinteraksi dengan murid-murid kami dalam talian, kami diarah juga untuk berkursus dalam talian.
Kami perlu memenuhi keperluan LDP kami sebanyak 42 mata kredit dan semua itu hanya tercapai dengan mengikuti kursus yang disenaraikan oleh KPM secara dalam talian. Jika tidak, kami perlu memasukkan sinopsis bacaan buku ke dalam pelaporan kami, untuk mendapatkan mata kredit itu.
Sungguhlah saya ini tiada jiwa bekerja apabila di rumah. Selama ini saya berbangga kerana semua kerja sekolah saya selesaikan di sekolah dan pulang ke rumah saya tidak lagi perlu memikirkan kerja-kerja itu. Saya rela berlama-lama di sekolah sehingga kerja selesai daripada membawa pulang kerja itu ke rumah. Pada saya, rumah bukan tempat bekerja.
Tiba-tiba, segalanya berubah kerana PKP. Saya diarah untuk bekerja juga dari rumah. Tahukah ia sangat sukar untuk saya? Tiada lagi kebanggaan saya selama ini kerana saya tiada pilihan, saya tidak dibenarkan ke sekolah untuk bekerja!
Aduhai! Bagaimanalah saya boleh memujuk diri untuk menganggap rumah ini seperti pejabat? Sedikit pun tidak kondusif. Saya tertekan!
Saya tahu saya tidak boleh begini kerana gaji saya berjalan seperti biasa. Saya perlu patuh arahan supaya saya mendapat gaji yang diberkati. Ya, saya akan memaksa diri saya melakukan semampu yang ada. Habis PKP nanti saya berjanji untuk mengganti semula kelas-kelas yang tertinggal untuk anak murid saya pada hujung minggu.
Ya Allah, permudahkanlah!
No comments:
Post a Comment